Public transport di Conakry,  Guinea.

Ada bas, ada teksi, ada motor teksi.

Macam bas jarang nampak di laluan hari-hari aku pergi kerja.

Yang banyaknya teksi dan motor teksi.

Setakat ini belum pernah lagi naik mana-mana public transport kat sini.

Tak tahu nak pergi ke mana.

Dari aku baru sampai, orang yang datang ambil.

Sampailah dah ada kereta sendiri..itupun belum habis explore Conakry.

Nak cam teksi sangat mudah..kereta kuning plat hitam.

Nak cam motor teksi agak konpius dengan motor persendirian.

Melainkan tunggu tepi jalan..adalah yang akan berhenti.

Kereta teksi ni, selagi boleh muat selagi itu dia sumbat.

taxi in conakry

Seat penumpang depan, sekali dua orang boleh duduk.

Yang belakang apatah lagi..dah rupa sardin gayanya.

Motor teksi, tiga orang pun jalan.

Nak naik public transport, problem nak berkomunikasi dengan mereka.

100% French accent.

Charter Taxi

Pernah plan nak charter taxi..tapi kos lagi tinggi.

Nak beli motor…tidak digalakkan orang kat sini.

Sebab itu gagah juga beli kereta, standard harga kereta 4000USD.

Aku cari yang harga bawah lagi. Murah bila ambil right hand drive sebab sini left hand drive.

Dengan teksi dan motor taxi ni selalulah kena hati-hati.

Teksi berhenti suka hati..motor taxi selalu u-turn tanpa disedari.

Pernah nampak teksi macam tuk tuk, tapi bukan semua tempat ada.

Area rumah dan opis pun tak ada teksi tuk tuk ni.

Yang ada keluarga, better ada kereta sendiri.

Lainlah yang bujang..ada berani boleh naik motor taxi.

Cuma sanggup nak bertahan dengan tidak jer lah..

Tahan semerbak bauan..hehehe.

Fuhh,  power sungguh…hilang semua pewangi.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Public Transport Di Sini, Nak Naik Fikirlah Banyak Kali”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *