Traveller MySejahtera. Prosedur Pengisian Borang Sebelum Berlepas Melalui MySejahtera Traveller

Keperluan mengisi borang pelepasan (pre-departure) melalui Aplikasi MySejahtera.

Kerajaan telah menyediakan satu ikon ‘Traveller’ di MySejahtera bagi memudahkan proses menyaring pengembara-pengembara dari luar negara.

Selepas ini tidak perlu lagi mengimbas kos QR setibanya di Malaysia.

 

Cara untuk mengisi borang pelepasan (pre-departure) di MySejahtera.

Perlu isi sebelum berlepas.

MySejahtera ‘Traveler’ menyediakan:

  • Pautan untuk memohon sijil vaksinasi digital melalui aplikasi MySejahtera bagi pengembara yang telah divaksin di luar negara.
  • Borang pra-berlepas yang memerlukan butiran tentang maklumat peribadi, pengisytiharan kesihatan, status vaksinasi dan maklumat kuarantin sebelum mereka berlepas ke Malaysia.
  • Pautan ke portal Permohonan Kuarantin Rumah (HQA) (https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal-hqa/index) untuk memudahkan pelancong yang layak memohon kuarantin di rumah.

 

Kriteria sebelum berlepas ke Malaysia
  • Pelancong yang telah menerima vaksinasi COVID-19 di luar negara perlu memohon sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera dengan menggunakan pautan yang disediakan dalam ikon MySejahtera ‘Traveller’ seawal lima (5) hari sebelum berlepas ke Malaysia.
  • Pengembara akan dikehendaki mengisi borang pra-berlepas yang disediakan dalam ikon ‘Traveller” MySejahtera. Maklumat yang diperlukan seperti butiran peribadi, vaksinasi, tarikh ketibaan dan tempat kuarantin hendaklah diisi dengan tepat untuk memastikan saringan lanjut semasa ketibaan berjalan lancar.

 

Proses utama saringan pengembara dari luar negara melibatkan:

  1. Memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera sebelum berlepas;
  2. Mengimbas kod QR untuk “Travellers from Abroad”; dan
  3. Melengkapkan borang perjalanan pra-pelepasan melalui aplikasi MySejahtera di pintu masuk antarabangsa (PMA).

 
Dengan penambahbaikkan dalam MySejahtera Aplikasi ini, moga ia memudahkan proses perjalanan dan mengurangkan kesesakan semasa tiba di KLIA lebih lagi bila sempadan dibuka tidak lama lagi.

 
 
 

About emarieys

Ema has written 1334 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published.