Esok, bermulalah kita umat Islam menjalankan ibadah puasa tetapi ada sesetengah negara hari ini ada yang telah mula berpuasa. Semoga ibadah puasa tahun ini akan teratur dan dapat menunaikan solat terawih dengan sempurna.

Projek Anak Angkat

Baru-baru ini, ada projek anak angkat sempena program orientasi bagi pegawai yang berkhidmat di sektor awam. Program orientasi ini adalah untuk pegawai perkhidmatan awam yang berasal dari sabah dan sarawak tetapi bekerja di semenanjung Malaysia.Keluarga mertua juga tidak lepaskan peluang untuk menjadi keluarga angkat. Seramai empat orang anak angkat dari sabah dan sarawak bersama keluarga mertua selama dua malam.

IMG_1185_zps1f7e79ba

Antara mereka pun masing-masing tidak mengenali satu sama lain. Dengan program ini, terjalinlah satu hubungan kekeluargaan dan kawan walaupun sekejap saja.

Anak-anak angkat ini adalah terdiri dari dua orang Islam dan dua Kristian. Walaupun berlainan agama, tetap dilayan sama rata.

IMG_1189_zps1cbaf817

Mereka juga sempat bersarapan nasi dagang sebelum pulang.

IMG_1181_zpse925db10

Sudah dua kali keluarga mertua menjadi keluarga angkat.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *