Bisnes

Profesor Cendol Layan Diri Tambah Percuma Makan Sampai Kenyang

Profesor Cendol Layan Diri Tambah Percuma

Tertarik terus pandangan mata warna merah dan kuning ni. Gara-gara tertariklah ni, tersinggah kat kedai Profesor Cendol yang baru buka di Machang, Kelantan. First time dengar, tak sangka lah pula dah banyak cawangannya. Awal pagi kita makan cendol lah yer. Hari minggu, banyak pula kedai makan yang tutup.

First impression, luasnya kawasan, bersih pula tu. orang pun ramai. Perut yang dah memang tahap lapar tak makan pagi lagi, nak berisi dengan cendol. korang rasa boleh kenyang ke? Nampak ada nasi goreng dengan ikan goreng seekor. Lega, ada nasi. Kegembiraan perutku di situ. Mr. Ery yang pergi order. Yang boleh ditambah percuma ais cendol dan tambah nasi percuma, tambah ikan bayar RM2. Lupa yang boleh ditambah percuma, sepatutnya ambil 3 cendol jer kan..lain-lain kita tambah jer..tapi diorder setiap seorang.

 

 

Sabar yea anak, tahu tengah lapar juga. Jangan digoncang meja makan kedai orang. kena marah nanti. Kesian, lapar sangat yea. Ayah tengah ambil makanan di belakang tu jer.. sabar.

 


 

RM2 Cendol Semangkuk, Tambah Percuma

Cendol sedap, siap bertambah-tambah lagi diaorang. MamaEma yang tak tambah, sebab lapar nak makan nasi. Teringin nak makan cendol letak isi durian tu.

 


 

Inilah nasi goreng ikan seekor. Tambah nasi goreng percuma, tambah ikan goreng kena bayar. Kalau tak salah MamaEma lah. Dengan perut tahap kelaparan sangat, baca Bismillahirahmanirahim. Masuk mulut nasi goreng. Ya ampun, kenapa pedas sangat nasi gorengnya. Tak boleh tahan pedas dia. Terus terbantut nak makan nasi. Nak suapkan Ayra pun tak boleh. Pedas. Yang orang suka pedas bolehlah makan, MamaEma jenis yang tak makan pedas pun.

Ikan goreng bukan ikan goreng yang biasa, ini ikan goreng pekasam. Lagi, MamaEma tak makan.  Makanan yang ada masa tu cuma nasi goreng, cendol dan rojak buah sahaja. Terus, isi perut dengan rojak buah dulu.

 


 

Menu tak sama dengan negeri-negeri lain

Bila MamaEma google, cawangan-cawangan profesor cendol trademark memang cendol.  Lain-lain menu tambahan tak sama. Ada yang jual nasi ayam, mee sup, mee goreng. Lepas ini, MamaEma cuba profesor cendol yang lain lah pula, bagaimana rasanya kan.

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

10 Comments

  1. Wow nama cendol tu siap tampah profesor tu. hehe. minat juga dengan cendol tu..terliur tengok cendol tu.. minum time petang ni bagus ni..
    Bahrain recently posted…Mitos Rupanya Minum Sambil BerdiriMy Profile

  2. warna kedai ni sungguh ceria, memang tertarik untuk disinggah
    ajumohit recently posted…Berat badan turun 12kg selepas bersalinMy Profile

  3. Amboi namanya unik tu, bukan kerna owner tu profesor kan? hehe
    Noriza Abdul Rahman recently posted…Amaran!!! Anda Perlu Tahu 10 Tanda Kemungkinan Ada Penyakit Buah Pinggang!My Profile

  4. memang sedap giler tu..

    dah la lama pelik lagi..

    menambahkan rasa ingin tahu
    mrhanafi recently posted…Orang Kaya Nak Bagi Hadiah RM50 RibuMy Profile

  5. Gempak lah nama kedai cendol ni..
    Siap ada title professor lagi… pasti ramai yg suka singgah minum di sini..
    anuar recently posted…Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!My Profile

  6. Harap tak ada orang pertikai macam mana dapat gelaran profesor walau cuma jual cendol hehehe.
    Ikhwan recently posted…Sebarkan Video Ini Untuk Anda Dapat KomisyenMy Profile

  7. Wahhh glamer nya nama kedai ni
    Azni recently posted…El Ray Cafe, food yang best tapi harga….. berbaloi !My Profile

  8. Sedapnya makan cendol.
    .
    Cuaca hari ni pun panas sangat
    .
    Profesor cendol ni macam pernah nampak area Mazni
    Mazni Azmi recently posted…7 Rahsia Menjaga Buah Pinggang Sihat & VivixMy Profile

  9. sedapnya nengok..

  10. Shahriman says:

    Terima kasih puan ema dan semua pelanggan2 kerana mencuba profesor cendol machang
    Maaf diatas segala kekurangan kami akan improve dari masa ke semasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge