Profesor Cendol Layan Diri Tambah Percuma
Tertarik terus pandangan mata warna merah dan kuning ni. Gara-gara tertariklah ni, tersinggah kat kedai Profesor Cendol yang baru buka di Machang, Kelantan. First time dengar, tak sangka lah pula dah banyak cawangannya. Awal pagi kita makan cendol lah yer. Hari minggu, banyak pula kedai makan yang tutup.
First impression, luasnya kawasan, bersih pula tu. orang pun ramai. Perut yang dah memang tahap lapar tak makan pagi lagi, nak berisi dengan cendol. korang rasa boleh kenyang ke? Nampak ada nasi goreng dengan ikan goreng seekor. Lega, ada nasi. Kegembiraan perutku di situ. Mr. Ery yang pergi order. Yang boleh ditambah percuma ais cendol dan tambah nasi percuma, tambah ikan bayar RM2. Lupa yang boleh ditambah percuma, sepatutnya ambil 3 cendol jer kan..lain-lain kita tambah jer..tapi diorder setiap seorang.
Sabar yea anak, tahu tengah lapar juga. Jangan digoncang meja makan kedai orang. kena marah nanti. Kesian, lapar sangat yea. Ayah tengah ambil makanan di belakang tu jer.. sabar.
RM2 Cendol Semangkuk, Tambah Percuma
Cendol sedap, siap bertambah-tambah lagi diaorang. MamaEma yang tak tambah, sebab lapar nak makan nasi. Teringin nak makan cendol letak isi durian tu.
Inilah nasi goreng ikan seekor. Tambah nasi goreng percuma, tambah ikan goreng kena bayar. Kalau tak salah MamaEma lah. Dengan perut tahap kelaparan sangat, baca Bismillahirahmanirahim. Masuk mulut nasi goreng. Ya ampun, kenapa pedas sangat nasi gorengnya. Tak boleh tahan pedas dia. Terus terbantut nak makan nasi. Nak suapkan Ayra pun tak boleh. Pedas. Yang orang suka pedas bolehlah makan, MamaEma jenis yang tak makan pedas pun.
Ikan goreng bukan ikan goreng yang biasa, ini ikan goreng pekasam. Lagi, MamaEma tak makan. Makanan yang ada masa tu cuma nasi goreng, cendol dan rojak buah sahaja. Terus, isi perut dengan rojak buah dulu.
Menu tak sama dengan negeri-negeri lain
Bila MamaEma google, cawangan-cawangan profesor cendol trademark memang cendol. Lain-lain menu tambahan tak sama. Ada yang jual nasi ayam, mee sup, mee goreng. Lepas ini, MamaEma cuba profesor cendol yang lain lah pula, bagaimana rasanya kan.
warna kedai ni sungguh ceria, memang tertarik untuk disinggah
ajumohit recently posted…Berat badan turun 12kg selepas bersalin
Amboi namanya unik tu, bukan kerna owner tu profesor kan? hehe
Noriza Abdul Rahman recently posted…Amaran!!! Anda Perlu Tahu 10 Tanda Kemungkinan Ada Penyakit Buah Pinggang!
memang sedap giler tu..
dah la lama pelik lagi..
menambahkan rasa ingin tahu
mrhanafi recently posted…Orang Kaya Nak Bagi Hadiah RM50 Ribu
Gempak lah nama kedai cendol ni..
Siap ada title professor lagi… pasti ramai yg suka singgah minum di sini..
anuar recently posted…Peluang menang sebuah Produa Axia sebelum hari Raya Aidilfitri!
Harap tak ada orang pertikai macam mana dapat gelaran profesor walau cuma jual cendol hehehe.
Ikhwan recently posted…Sebarkan Video Ini Untuk Anda Dapat Komisyen
Wahhh glamer nya nama kedai ni
Azni recently posted…El Ray Cafe, food yang best tapi harga….. berbaloi !
Sedapnya makan cendol.
.
Cuaca hari ni pun panas sangat
.
Profesor cendol ni macam pernah nampak area Mazni
Mazni Azmi recently posted…7 Rahsia Menjaga Buah Pinggang Sihat & Vivix
sedapnya nengok..
Terima kasih puan ema dan semua pelanggan2 kerana mencuba profesor cendol machang
Maaf diatas segala kekurangan kami akan improve dari masa ke semasa.