Dari Vietnam Ke Malaysia

Assalamualaikum. Masuk hari ke-6 kehilangan MH370 masih menjadi misteri. Jangan putus asa. Berdoa dan terus berdoa. InsyaALLAH. Mudah-mudahan ketemu jua. Tengok di luar jerebu pula semakin teruk. Bacaan IPU tinggi. Kesihatan mula merosot. Batuk-batuk. pedih mata, sakit tekak. Risau pula anak-anak di sekolah. Kena pakai topeng sekarang.

Dari Vietnam ke Malaysia. Beg ini hadiah dari adik ipar yang pergi Vietnam dua minggu lalu. Nak kenal produk Vietnam adalah dari hasil jahitan manik-maniknya.

produk vietnam
Boleh letak telekung solat.

 

Beg tangan sesuai untuk pergi dinner atau majlis kenduri. Hadiah dari my mom yang pergi seminggu lalu. Berebut kami tiga beradik pilih design mana.

 

handbag vietnam
Buat pergi dinnerlah.

Sehelai t-shirt Hard Rock juga.

hardrock vietnam
T-shirt Hard Rock

 

Anak dara aku, Azwa yang minta dengan mama toknya nak purse pink ni. Suka dia bila mama tok kata ‘ambillah’. Balik KL terus simpan duit lebihan sekolah.

 

wallet vietnam
Pilihan anak dara warna pink

Mom pergi Vietnam nak cari baju pengantin siap. Tapi, di Vietnam memang tak ada pun jual baju pengantin. Paling banyak pun kain pasang siap, kain cotton, kain pasang manik, beg tangan. Dari baju pengantin nak beli, mom shopping baju sendiri sampai 30 pasang ada.

Bulan April rancang nak pergi lagi. Nak cari baju pasang nak buat raya dan nak jual. InsyaALLAH.

About emarieys

Ema has written 1249 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge