Produk Baru Dari Umairah Uzma Collections, Kosmetik Sangat Best

 

Umairah Uzma mula ditubuhkan pada tahun 2014 lagi yang mana produk pertama dikeluarkan adalah inai. Selepas inai, pewarna kuku (nail polish) pula dikeluarkan. Pewarna kuku dari Umairah Uzma ini sangat unik kerana ianya boleh dikopek (peel off) dan mudah ditanggalkan ketika mengambil wuduk.

Pelancaran Produk Umairah Uzma Collection

Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk kosmetik dari Umairah Uzma Collections.

Antara artis-artis yang hadir

Tak perasan belakang ada Ifa Raziah

 

Demo Make-up

Founder produk Puan Nurul Nur Ariani, seorang yang suka kecantikan, kekemasan dan kebersihan.

Kosmetik Umairah Uzma Collections

Produk baru yang dikeluarkan adalah produk kosmetik iaitu Glowing Foundation, Eyeliner, Make up Fix Mist, Mega Volume Fiber Maskara dan Embrace Eu De Perfume. Semua best, dan aku dah cuba setiap produk baru yang dikeluarkan. Korang boleh tengok video di bawah, aku review dan makeup dengan kosmetik Umairah Uzma ini. Tapi sebelum itu, aku terangkan kelebihan setiap kosmetik ini.

Glowing Foundation

  • Menggantikan sel kulit mati
  • Melondungi wajah dari kerosakan akibat cahya matahari
  • Mengandungi Vitamin C, rumpai laut, collegen dan artibutin
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Ringan, tidak berminyak atau melekit
  • Bertindak sebagai anti penuaan dan mengurangi garis-garis halus
  • Melembab serta menghaluskan kulit
  • Tidak bercapuk ketika berpeluh
  • Makeup tahan lama
  • Kulit menjadi flawless dan glowing selepas sapuan
  • Mudah dicuci
  • Mesra solat

Make Up Fix Mist

  • Make up tahan 12 jam (effect glowing)
  • Boleh digunakan sebagai base untuk make up
  • Merawat serta menghilangkan masalah resdung, jeragat & jerawat
  • Melembap & menegangkan kulit
  • Mengelakkan kulit kusam & kering
  • Mengecilkan liang pori
  • Membantu memudarkan pigmentasi pada kulit muka terutamanya akibat cahaya matahari
  • Mengurangkan kerengsangan pada kulit sensitif kerana make up fix mist spray bersifat sejuk
Eyeliner
  • Celak diperbuat dari panduan bahan-bahan alam terbaik dan tanaman herbal dalam bentu pasta hitam bentuk pensil
  • Menyejukkan dan menyegarkan mata
  • Melindungi dan memberi kesan menarik pada mata

Fiber Maskara

  • Tahan lebih lama, 204 bulan ke atas
  • Mudah dicuci
  • Kalis air dan tidak mudah comot
  • Melebatkan bulu mata
  • Memanjangkan bulu mata
  • Bulu mata lebih lentik
  • Mempunyai fiber hanya dalam satu stick sahaja
  • Mengandungi Vitamin B5 yang akan menjaga bulu mata original anda

Eye Shadow Glitter

  • Tahan lama
  • Sepenuhnya adalah glitter bukan di atas sahaja
  • Boleh dipakai di kuku

Embrace De Perfume

  • 100% pati minyak wangi diimport dari Negara Dubai
  • Mengandungi 12% alkohol dan mengikuti syariah Islam ianya boleh dibawa solat
  • Mengekalkan identiti dan tidak mempunyai kesamaan dengan minyak wangi lain yang ada di pasaran ketika ini.

Pendapat aku selepas menggunakan kosmetik Umairah Uzma

Tidak dinafikan, memang produk ini paling baik. Aku jenis kulit kering dan sensitif. Bila aku sapukan glowing foundation, muka aku tidak gatal. Ini bermakna, ia sesuai dengan jenis kulit muka aku. Lagi satu yang aku suka, ada set combo di mana di dalamnya ada glowing foundation, make up fix mist, dan brush. Dah lama aku aim, set combo yang ada brush untuk sapu foundation ni, dapat juga akhirnya.

Aku cuba pula eyeliner, pun sangat puas hati kerana amat mudah dipakai dan ia melekat di mata. Mascara pun terbaik, terus melentik bulu mata aku dan tidak mendatangkan kegatalan pada mata. Ada sesetengah mascara, memang tidak sesuai dengan aku dan boleh mendatangkan kegatalan. Aku memang sensitif bila bermakeup, itu pasal aku amat jarang nak calit sebarangan jenis produk kosmetik di muka.

Aku tak pernah lagi pakai eye shadow jenis glitter bersinar-sinar ni. Hahaha..nak pergi mana pakai glitter mengelip di mata. Kan pakai pergi kerja, habis pakat semua berkumpul depan meja. Eye shadow glitter Umairah Uzma Collection memang cantiklah, senang juga nak pakai. Calit sedikit di hujung jari dan dap..dap..dap atas kelopak mata terus melekat. Keistimewaan lagi, boleh pakai di kuku. Hebatkan. Minyak wangi pun sangat-sangat wangi baunya. Seharian sembur di baju baunya masih kekal.

 

Okey, sangat berpuas hati dengan produk ini. Aku syorkan korang patut juga ada produk kosmetik Umairah Uzma Collection ini. Korang boleh dapatkan di www.instagram.com/umairah_uzma atau www.facebook.com/umairah-uzamaatau atau www.umairahuzma.com atau hubungi Sanah Anna di 017-2946162. Dan menjadi kebiasaan Umairah Uzma akan berada di booth Mood Republik.

 

 

About emarieys

Ema has written 1138 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

19 thoughts on “Produk Baru Dari Umairah Uzma Collections, Kosmetik Sangat Best

  1. Daripada review ni, nampak macam produk Uzma collection ini sangat sesuai utk wanita, terutama muslimah. Semoga jenama ini terus kukuh bertapak di pasaran Malaysia, seterusnya global..

  2. Menarik tengok barang mekap dia..SA aimed foundation tu..nampak exclusive sangat- sangat..eyeshadow palette dia pun cantik- cantik la..okey nanti nak skodeng website diorang

  3. Banyak juga ye produk Umairah Uzma ni ye. Mudah dicucu pulak tu. Senang nak cuci tu la produk yang dicari-cari selama ni. Bolehlah try nanti. Nak kena intai la mana tahu kena dengan budget bolehla melaram nanti

  4. The product is good and natural. Congratulation to Umairah Uzma for the launching. Come with varieties of beauty products, range from makeup, skincare and perfume.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge