Umairah Uzma mula ditubuhkan pada tahun 2014 lagi yang mana produk pertama dikeluarkan adalah inai. Selepas inai, pewarna kuku (nail polish) pula dikeluarkan. Pewarna kuku dari Umairah Uzma ini sangat unik kerana ianya boleh dikopek (peel off) dan mudah ditanggalkan ketika mengambil wuduk.
Pelancaran Produk Umairah Uzma Collection
Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri satu majlis pelancaran produk kosmetik dari Umairah Uzma Collections.
Antara artis-artis yang hadir

Demo Make-up
Founder produk Puan Nurul Nur Ariani, seorang yang suka kecantikan, kekemasan dan kebersihan.
Kosmetik Umairah Uzma Collections
Produk baru yang dikeluarkan adalah produk kosmetik iaitu Glowing Foundation, Eyeliner, Make up Fix Mist, Mega Volume Fiber Maskara dan Embrace Eu De Perfume. Semua best, dan aku dah cuba setiap produk baru yang dikeluarkan. Korang boleh tengok video di bawah, aku review dan makeup dengan kosmetik Umairah Uzma ini. Tapi sebelum itu, aku terangkan kelebihan setiap kosmetik ini.
Glowing Foundation
- Menggantikan sel kulit mati
- Melondungi wajah dari kerosakan akibat cahya matahari
- Mengandungi Vitamin C, rumpai laut, collegen dan artibutin
- Sesuai untuk semua jenis kulit
- Ringan, tidak berminyak atau melekit
- Bertindak sebagai anti penuaan dan mengurangi garis-garis halus
- Melembab serta menghaluskan kulit
- Tidak bercapuk ketika berpeluh
- Makeup tahan lama
- Kulit menjadi flawless dan glowing selepas sapuan
- Mudah dicuci
- Mesra solat
Make Up Fix Mist
- Make up tahan 12 jam (effect glowing)
- Boleh digunakan sebagai base untuk make up
- Merawat serta menghilangkan masalah resdung, jeragat & jerawat
- Melembap & menegangkan kulit
- Mengelakkan kulit kusam & kering
- Mengecilkan liang pori
- Membantu memudarkan pigmentasi pada kulit muka terutamanya akibat cahaya matahari
- Mengurangkan kerengsangan pada kulit sensitif kerana make up fix mist spray bersifat sejuk
Eyeliner
- Celak diperbuat dari panduan bahan-bahan alam terbaik dan tanaman herbal dalam bentu pasta hitam bentuk pensil
- Menyejukkan dan menyegarkan mata
- Melindungi dan memberi kesan menarik pada mata
Fiber Maskara
- Tahan lebih lama, 204 bulan ke atas
- Mudah dicuci
- Kalis air dan tidak mudah comot
- Melebatkan bulu mata
- Memanjangkan bulu mata
- Bulu mata lebih lentik
- Mempunyai fiber hanya dalam satu stick sahaja
- Mengandungi Vitamin B5 yang akan menjaga bulu mata original anda
Eye Shadow Glitter
- Tahan lama
- Sepenuhnya adalah glitter bukan di atas sahaja
- Boleh dipakai di kuku
Embrace De Perfume
- 100% pati minyak wangi diimport dari Negara Dubai
- Mengandungi 12% alkohol dan mengikuti syariah Islam ianya boleh dibawa solat
- Mengekalkan identiti dan tidak mempunyai kesamaan dengan minyak wangi lain yang ada di pasaran ketika ini.
Pendapat aku selepas menggunakan kosmetik Umairah Uzma
Tidak dinafikan, memang produk ini paling baik. Aku jenis kulit kering dan sensitif. Bila aku sapukan glowing foundation, muka aku tidak gatal. Ini bermakna, ia sesuai dengan jenis kulit muka aku. Lagi satu yang aku suka, ada set combo di mana di dalamnya ada glowing foundation, make up fix mist, dan brush. Dah lama aku aim, set combo yang ada brush untuk sapu foundation ni, dapat juga akhirnya.
Aku cuba pula eyeliner, pun sangat puas hati kerana amat mudah dipakai dan ia melekat di mata. Mascara pun terbaik, terus melentik bulu mata aku dan tidak mendatangkan kegatalan pada mata. Ada sesetengah mascara, memang tidak sesuai dengan aku dan boleh mendatangkan kegatalan. Aku memang sensitif bila bermakeup, itu pasal aku amat jarang nak calit sebarangan jenis produk kosmetik di muka.
Aku tak pernah lagi pakai eye shadow jenis glitter bersinar-sinar ni. Hahaha..nak pergi mana pakai glitter mengelip di mata. Kan pakai pergi kerja, habis pakat semua berkumpul depan meja. Eye shadow glitter Umairah Uzma Collection memang cantiklah, senang juga nak pakai. Calit sedikit di hujung jari dan dap..dap..dap atas kelopak mata terus melekat. Keistimewaan lagi, boleh pakai di kuku. Hebatkan. Minyak wangi pun sangat-sangat wangi baunya. Seharian sembur di baju baunya masih kekal.
Okey, sangat berpuas hati dengan produk ini. Aku syorkan korang patut juga ada produk kosmetik Umairah Uzma Collection ini. Korang boleh dapatkan di www.instagram.com/umairah_uzma atau www.facebook.com/umairah-uzamaatau atau www.umairahuzma.com atau hubungi Sanah Anna di 017-2946162. Dan menjadi kebiasaan Umairah Uzma akan berada di booth Mood Republik.
Produk Umairah Uzma Collection memang bagus untuk kulit kering dan sensitif.
Banyak jugak koleksi mekap yg ada.cantik cantik..Suka fd umairah uzma..nampak cantk dan flawless bila pakai
Produk ni memang bagus untuk kulit kan. Menarik sangat. Terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat untuk semua.
Wow! first time hear this produk but looks so nice and great… it’s such a great collection…
Apa yang penting dalam produk ni adalah ianya boleh di bawa untuk solat.Dah semakin ramai peniaga bumiputera yang menghasilkan produk kecantikkan
Eyeshadow pallette tuh nampak wow sgt.glitter gitu.
Full make up range. Nampak menarik produk baru dia. Color collection pun cantik juga. Semua ladies dah macam puteri masa event ni.
Daripada review ni, nampak macam produk Uzma collection ini sangat sesuai utk wanita, terutama muslimah. Semoga jenama ini terus kukuh bertapak di pasaran Malaysia, seterusnya global..
Menarik tengok barang mekap dia..SA aimed foundation tu..nampak exclusive sangat- sangat..eyeshadow palette dia pun cantik- cantik la..okey nanti nak skodeng website diorang
Tak pernah dengar lagi nama brand ni tapi boleh tahan banyak produk dia boleh la cuba nanti
Banyak juga ye produk Umairah Uzma ni ye. Mudah dicucu pulak tu. Senang nak cuci tu la produk yang dicari-cari selama ni. Bolehlah try nanti. Nak kena intai la mana tahu kena dengan budget bolehla melaram nanti
First time dengar nama produk jenama Umairah Uzma ni kan.Suka tengok koleksi produk sangat menarik dan setanding dengan jenama lain.
produk uzma collection mesti cepat popular jika ianya bersih dan baik untuk muka wanita mga bertambah berjaya 🙂
wow suka tgk eyeshadow glitter die,,cantikk
Umairah Uzma Collections are so beautiful, I’ve got my eye on the eyeshadow, so bling bling, I just love it!
The product is good and natural. Congratulation to Umairah Uzma for the launching. Come with varieties of beauty products, range from makeup, skincare and perfume.
Wahh dah ramai blogger review makeup ni. Tak Sahar Pula I nak try.. tapi tak sampai lagi product nya.. Bulan rezeki I lot.. mengancam la eyeshadow dia..
I really want to get my hands on their glitter eyeshadow…the colours and that shine looks so awesome! btw do you know how much is it?
Wow!!! they have so many ranges of cosmetics. I spotted their eyeshadow, its so so glitters and I love it.