Potluck EOCM Urban Crew dan EOCM Elite di Putrajaya. Berpotluck sebelum menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Aku ini jakunlah juga, tak tahu apa benda potluck yang sebenarnya. Bila ada group dan join aktiviti dengan mereka baru tahu potluck ini aktiviti membawa makanan tanpa menu. mereka yang join akan membawa makanan mereka untuk dijamu ramai-ramai.
Potluck kali ini di Putrajaya. Nak masuk kawasan orang kena ada ‘green light’ dari orang Putrajaya kaedahnya. Team Putrajaya adalah EOCM Elite namanya.
bersantai sambil menjamu selera dan beramah mesra. time inilah nak kenal dan bersua muka kalau tak berbalas whatsapp tanpa kenal tuannya.
Diselitkan lagi aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.
Aktiviti untuk dewasa pun ada.
Geng poksu EOCM Urban Crewz dan EOCM ELite
Geng moksu EOCM Urban Crewz dan EOCM ELite
Moksu-moksu EOCM Urban Crewz yang sporting habis
sukalah si kakak dapat bawa balik hadiah.
Ayra ni kalau bawa kat luar…tak meragam langsung..senang.
Eh3x, dah tiga anak pun. jarak abang dan baby agak jauh bezanya 6 tahun.
inilah keluarga kecil emarieys.com ..nak jadi besar kena tambah sorang lagi..oppss..
tentu korang fikir apa yang aku bawa kat potluck ni kan. Aku bawa bubur kacang hijau jer. nak masak makanan yang berat-berat tidaklah pandai sangat.. Alhamdulillah, meriahnya aktiviti meriah juga makanan yang dibawa. langsung tak ada pembaziran.
Best potluck bulan ramadhan, rasa macam buffet sebab macam-macam ada cuma konsepnya berkongsi makanan 🙂
Seronok sambil rapatkan ikatan ukhuwah kan? 🙂
Ani Haryani recently posted…Polygonum Cuspidatum Yang Terkandung Di Dalam Vivix
best juga buat potluck ni kan, saya suka sangat
Raihanah Ahmad recently posted…Bagaimana Mendapatkan Hidup Lebih Lama dan Sihat
memang best buat potluck ni .. hehe