Disahkan positive Covid 19 di negara orang. Tak tahu nak rasa apa.
Mahu menangis? Ketawa? Takut? Marah? Keliru? Semua bercampur baur.
Sebab apa, sebab memang aku sendiri tak percaya aku akan positif.
Ke mana saja pergi, SOP memang aku patuh.
Keluar umah, facemask on..hand sanitizer on…jarak on..
Anak pergi sekolah, hari-hari pesan dan ingatkan 3 perkara ni.
Duduk dalam kereta sendiri pun langsung tak tanggal facemask.
Last, dapat result positif..Impossible.
PCR Test Immediately
Bila orang terdekat didapati positif covid 19, immediately pergi buat pcr test.
Dan orang itu memang tak masuk kerja pada hari kami semua dapat tahu beliau positif.
Lagipun 2 hari sebelum bukan hari bekerja.
PCR Test kali ke-4 untuk aku, first time bagi rakan kerja.
Result akan diterima melalui SMS selepas 2 hari.
Mula kuarantin kendiri di rumah.
Hari ditunggu-tunggu pun tiba.
Orang pertama terima mesej adalah bos..
Kedua receptionist…then translator…next cleaner and gardener.
Sehingga petang, aku dan driver tidak menerima apa-apa SMS lagi.
Sungguh mendebarkan.
Malamnya, driver text message and bagitahu dia juga telah terima SMS dan result negatif.
Lagi buat aku berdebar…aku tidak terima apa-apa SMS masuk pun.
Tunggu sehingga hari seterusnya pun tak ada SMS.
Aku syak, salah nombor telefon yang diberi.
Sebab yang mendaftarkan nama adalah local staff.
Receptionist usaha dapatkan jawapan result aku.
Dan jawapan yang diberi “Madam, you are POSITIVE”
Allahuakbar, why me.. aku tak percaya…diaorang pun tak percaya.
Kenapa yang buat aku tak percaya?
Aku tidak bergejala untuk positive covid.
Tiada demam, tiada sakit-sakit sendi, tiada sakit tekak, deria bau baik, makan pun ada selera. Aku sihat.
Mr Ery sihat, anak-anak pun sihat.
Bilik kerja aku di tingkat atas, bilik kerja yang positif tingkat bawah.
Yang berdepan dengan dia negatif, yang duduk sebelah pun negatif.
Tetiba yang bukan contact direct boleh positif.
Tak sempat aku nak fikir.
Aku bertanya dalam group apa tanda jika positif yang tidak bergejala..adakah langsung tak ada gejala?
Ada yang bagitahu akan ada sakit kepala, hilang deria bau selepas 2 atau 3 hari.
Tapi aku langsung tiada apa-apa gejala walaupun dah lepas 4 hari.
Buat PCR Test Lain
18 Mac 2021 (Khamis), aku minta untuk buat pcr test lain, kali ini di tempat yang berlainan.
Bayar pun bayarlah, aku tak kisah..yang aku kisah adalah result nya nanti.
Bukan bayar rasuah tau, ini bayar untuk caj servis perkhidmatan.. yang sebelum ini percuma dan agak jauh dari tempat aku.
Semasa tengah menunggu untuk pcr test yang lain, terima panggilan dari pejabat kesihatan.
Yang aku faham dan dengar sebutan covid and positive.
Aku pass handphone pada driver untuk bercakap dengan dia.
Dan ya, dia minta untuk aku pergi ke pejabat kesihatan dan mahu kuarantin di tempat yang dikhaskan atau kuarantin di rumah.
Aku bagi jawapan untuk esok, selepas terima result test yang baru.
Aku rela kuarantin di rumah dari tempat dikhaskan.. Bagaimana nak berkomunikasi aku bukannya faham French pun.
Berdoa dan berserah kepada Allah.
Dijangkakan akan menerima jawapan jam 2.30 petang.
Tapi jam 9.00 pagi ada terima SMS masuk.
Dan SMS yang aku nantikan, dengan tangan yang menggigil buka mesej.
Sujud syukur aku..Alhamdulillah.
AKU NEGATIF.
Tapi tidak habis sampai itu saja.
Hari yang sama terima result negatif, sekali lagi aku terima panggilan dari pejabat kesihatan.
Aku pass nombor pada receptionist untuk maklum dan selesaikan.
Itupun mereka seakan tidak percaya dengan result itu.
Aku print screen mesej yang diterima.
Sangat complicated bukan.
Satu pengalaman pahit dan manis aku berada di negara orang.
Habis tu, kepunyaan siapa yang result positif itu sebenarnya?
moga kak ema dan family di lindungi Allah selalu di negeri orang.
Amiin..terima kasih Sue
emarieys recently posted…Positive COVID-19 Di Negara Orang, Why Me?
berdebarnya kan..alhamdulillah negative.
Yaya Azura recently posted…Review Alcatroz 2.4G Wireless Keyboard And Mouse Jellybean A2000
Alhamdulillah.
emarieys recently posted…Positive COVID-19 Di Negara Orang, Why Me?
aduh , macam-macam laa. tapi kalau sis pun akan cuak! moga terus kekal okay dan sihat di tempat orang ya.