Kenangan, di penghujung tahun 2021 disahkan positif Covid di negara orang. Dulu tak percaya pun akan kena sebab dah jaga SOP, tapi bila dah ditakdirkan akan kena… tiada kuasa untuk mengelak darinya. Syukur Alhamdulillah, selepas 14 hari dah bertambah baik walaupun batuk-batuk masih ada.
Berkat jatuh sakit ia adalah penawar dari perbuatan dosa yang telah dilakukan.
Allah berfirman dalam surat Asy-Syura ayat 30 yang berbunyi :
وَمَآ اَصَابَكُمْ مِّنْ مُّصِيْبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ اَيْدِيْكُمْ وَيَعْفُوْا عَنْ كَثِيْرٍۗ
Wa mā aṣābakum mim muṣībatin fa bimā kasabat aidīkum wa ya’fụ ‘ang kaṡīr.
Artinya: Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu).
Punca Dari Mana?
Aku pun tak tahu dapat dari mana? Mula tidak sihat pada Ahad malam. Tekak dah rasa perit dan sakit kepala. Awal pagi Isnin memang tidak larat pergi kerja. Terus maklum pada kedua-dua pegawai ambil EL pada hari tersebut. Anak terus diasingkan, jangan duduk dekat.
Suhu pun tidak tinggi sangat setakat 38 sahaja. Tapi bila sakit kepala yang tidak pernah dirasai sebelum ini…timbul rasa was-was. Terus ambil test kit yang memang dah standby beli masa balik dari Malaysia. Test dengan air liur, keluar result 2 line… Positif? Tak percaya lagi. Test pula kali kedua dengan swab hidung..keluar result 2 line juga. Esoknya test lagi sekali swab hidung pun sama. Maklum result yang keluar dari test kit pada pegawai.
Nak lebih menyakinkan, pergi ke klinik di French Embassy ambil PCR Test. Petang itu staff call “Madam, your tested is positive”. Masa ini aku dah percaya memang POSITIF. Nasiblah bagi nombor staff, kalau tidak apa aku nak jawab bila orang kesihatan call. Mana pandai cakap French. Aku bagitahu staff untuk maklumkan pada orang kesihatan aku kuarantin di rumah sahaja.
Asbab Vaksin
Bermulalah aktiviti aku dengan check kesihatan sendiri setiap hari. Sakit paling teruk adalah batuk. Sampai sekarang masih batuk-batuk. Deria rasa dan deria bau, aku okey. Demam pun satu hari sahaja. Mungkin asbab dah vaksin, badan boleh melawan.
Baca: Pernah dapat false result positif covid
Staff opis pun terpaksa buat PCR Test. Dan semuanya negatif. Mr Ery dan anak-anak pun negatif.
Bermakna, bukan punca dari opis. Mungkin terkena masa keluar di hari Sabtu..seperti biasa pergi tempat yang selalu pergi. Akibat sedikit kelalaian, aku dapat dari sana.
Sudah follow betul-betul SOP seperti Malaysia. Sentiasa pakai facemask, sanitize selalu.. kalau dah nak kena..akan kena juga…kalau tengok mereka-mereka di sini bebas ke mana-mana tanpa pakai facemask.
Sekarang, kes di sini pun ada peningkatan.. penerbangan dari Guinea pun dah ditutup sementara.
Semoga Allah melindungi kita semua.
Keluar pakek masker
memang setiap masa pakai
emarieys recently posted…Day Trip Pulau Kapas, Kuala Terengganu
kun faya kun, kalau dah ditakdirkan akan kena; jaga SOP macamana pun akan kena
InsyaAllah ada hikmah disebaliknya
Tuan Pengetua recently posted…Cara Bayar Kad Kredit AEON melalui Maybank2U
betul..jaga sebaiknya SOP..kalau dah nak kena..akan kena juga.
emarieys recently posted…Day Trip Pulau Kapas, Kuala Terengganu