Loading...
AzwaSekolah

Pilihan Sekolah Sama

Assalamualaikum

Masih tidak terlewatkan untuk ema ucapkan selamat Tahun Baru 2012. Semangat baru. Azam baru. Hari ini hari pertama kerja di tahun 2012… harap tak tersalah pada tahunnya bila buat kerja….

Akhirnya, pilihan yang sama juga untuk azwa bersekolah…terima kasih atas segala pandangan dan pendapat malah nasihat pada kotak komen di ENTRY INI. Bukan bermakna ema tak menghargai dan menerima pandangan dan nasihat akak, adik dan rakan blogger bila ema sekolahkan azwa di sekolah yang sama..

azwa memang excited nak mula sekolah. walaupun sekolah tempat yang sama. semangatnya tinggi. segala peralatan sekolah dah disediakan..baju sekolah kena pakai yang tahun lepas biarpun agak sendat sikit. dah dibelikan baju sekolah baru cuma masih tak dapat lagi..

sebahagiaan alatan sekolah yang dibeli kecuali beg sekolah saja..beg sekolah dapat masa habis tadika pada umur azwa 4 tahun.
harapan seorang mama, agar anaknya rajin belajar dan tidak mudah jemu untuk teruskan belajar. selain menuntut ilmu dunia…ilmu agama juga akan mama titik beratkan terhadap anak-anak mama…INSYAALLAH.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge