Memories

Petua untuk ‘Tahan Lama’

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo…….

Ewah ewah ewah… korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk ‘tahan lama’. grrrrr.

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2006. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2007. Wah…tahan sampai 2 tahun kan?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih ‘tahan lama’,
Bayar le zakat untuk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa…

PAKAIAN.

Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing machine.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER…
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA

Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi habuk masuk. jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG

Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan – baca bismillah dan doa
Akhir makan – doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR

Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama?
Jangan hisaplah… …!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang…sendiri mau ingat
hahaaa….

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!

SELAMAT BERTAHAN LAMA…

………… … sentiasa terbuka dan rasional.

Nak tahan LAMA?? bERAPA lama mau.. 1jam, 2 jam, 4-5 jam,, .. senang saja..

ini dia SUPEEEERR POWEEEEERRR. . (EEEiiiiii.. rumah bersinar-sinarr)

nota jari : hari ini cuti tanpa rekod…ada tournament boling anjuran PUSPANITA.. doakan untuk saya yer…

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge