Pesawat MAS terhempas. Pesawat Malaysia Airlines MH 17 penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine. Allahuakbar. Belum sejuk isu pesawat MH 370, kini terima perkhabaran yang begitu mengejutkan.
Al fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.Semoga ahli keluarga mangsa tabah dengan perkhabaran ini yang berharap kepulangan untuk menyambut syawal tak lama lagi.
Tak boleh nak tidur bila tahu kejadian ini walaupun tak ada saudara yang dikenali.
Janganlah edit gambar pesawat, fahamilah perasaan keluarga mereka mangsa. #prayformh17.
Lagi menyedihkan dikatakan mungkin ditembak Ema itu yg pedih terasa.
ps: Kakak dah dpt kiriman Ema. Terima kasih tidak terhingga. Boleh jenguk kakak punya N3 hari ini.
Kakzakie Purvit recently posted…VEP mereka naik harga, kita percuma lagi
Itulah ketentuan Allahkan..Belum reda misteri kehilangan MH370, MH17 pula yang diambil..Al fatihah untuk mangsa yang beragama Islam dan takziah untuk semua keluarga mangsa yang terlibat…
Raudzah recently posted…Imam Rebutan Dari Penjara
al-fatihah buat y b’agama islam
serius sedih n tkejut…’
ujian buat rakyat malaysia..
Lyafrina recently posted…Ohh… My Cuti !
Alfatihah kepada mangsa yang beragama Islam. Semua ini ujian. Namun jangan lupa pada Gaza yang sekarang sedang diserang melalui darat.
Raihanah Ahmad recently posted…Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat
berita kata bukan terhempat tetapi ditembak oleh peluru berpandu
myrujukan recently posted…Pemilihan Nama Domain Tepat Penting Untuk Jangka Panjang
takziah buat keluarga mangsa, semoga roh mereka yang beragama islam ditempatkan bersama org beriman, ya allah memang terkejut dan simpati pada mereka
ajumohit recently posted…Koleksi Dress dan Shawl terkini di ButikAlianajiha
Takziah buat keluarga mangsa…sedih sangat2 dengan kejadian yang berlaku ni..
Dugaan bertimpa-timpa untuk rakyat Malaysia.
akubiomed recently posted…Mesin jahit yang awesome
memang terkejut bila mula-mula dapat berita tentang tragedi MH17..sedih bila baca kisah-kisah tentang penumpang dan anak kapal dalam pesawat malang itu
puteri kasih recently posted…CPUV Nuffnang #11 – Waku Doki
Sedih bila membayangkan mangsa2 sebenarnya dalam perjalanan nak balik kampung untuk menyambut raya.. Pilu rasa hati.. T__T
Moms Avenue recently posted…Kulit Cantik Dan Gebu Persis Emma Maembong
hmmmm..ini adalah salah satu agenda mereka. mereka telah rancang dgn teliti. kalau bukan agenda, kenapa perlu sorokkan kotak hitam MH17 tu? kenapa nak halang mayat2 penumpang dan krew semasa dlm perjalanan di dlm gerabak keretapi? kenapa anggota keselamatan antarabangsa dan anggota keselamatan negara kita sendiri tak dibenarkan masuk ke kawasan kejadian? sama2lah kita fikirkan bersama. negara kita merupakan salah sebuah negara yg lantang bersuara terhadap keganasan di Gaza dan kita salurkan bantuan kewangan dan juga bantuan menyelamat kat sana. jadi, mereka nak tunjukkan yg kita ni tak hebat, kita ni lemah. sbb tu mereka nak alihkan perhatian dunia dgn tragedi MH17. dah tiba masanya rakyat Malaysia bersatu padu, bekerjasama dan tidak berpecah belah. Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu sendiri mengubah nasib mereka. Allah nak bagi petunjuk buat kita semua..tapi berapa ramaikah yg mahu mengambil pelajaran??
Memang terkesima bila mendengarnya. Belum reda kisah kehilangan MH370 yang masih tak berkesudahan, tiba-tiba kita terima berita sedih lagi. Ingatkan bila dah terhempas dan tahu di mana, lebih mudah nak menguruskan segalanya rupanya ada lagi musibah dek pergolakan tiga penjuru ni. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan membabitkan mangsa pesawat MH17 ni.
Salam takziah buat keluarga mangsa dan Al-fatihah buat mangsa yang beragama Islam.
Mummydearie recently posted…Persiapan raya
Kita sedekahkan Al-fatihah buat semua…
dan jangan kita lupa untuk doakan negara kita aman dan dijauhkan dari musibah lagi
Rokiah recently posted…Ciptaan Tuhan Yang Super Hebat
Sangat sedih. Semoga keluarga mangsa tabah.
sal ya recently posted…Aidilfitri 2014.