Loading...
MemoriesRamadhan

PERWAKILAN TERBUKA – Tambah LEMAK (Part 2)

part 2 untuk tambah LEMAK kat dalam badan aku ni…pandai pulak LEMAK ini hanya tertumpu kat perut bukan kat body…itu pasal lah perutku tak boleh nak kempis-kempis..

majlis terbuka anjuran PERWAKILAN diadakan di IDFR, Kuala Lumpur… hanya kementerian aku saja yang ada persatuan ini…yealah, persatuan isteri-isteri perwakilan bagi sebuah negara kat KL ni…yang orang sebut ’embassy-embassy’ tu.
makanan tidaklah semewah mana..cukup sekadar nak mengenyangkan perut saja.. ada nasi beriani, roti jala, lemang, nasi impit, biskut raya hanya beberapa jenis dan air serta buahan…itu saja…

aku pergi dengan kak opis aku ni (kak nor), dialah yang mengajak aku temankan dia…sepatutunya siapa yang ahli PERWAKILAN ni bolehlah datang..tapi disebabkan tak ada wakil dari opis aku terpaksalah buat muka tak malu…hahaha…aku tak masuk PERWAKILAN..aku masuk PUSPANITA saja..oh hari ini ada open house PUSPANITA..tapi tak kuasalah pula nak perginya..sebab buat kat Putrajaya.

semalam aku dah cakapkan, selain makan-makan ada benda yang dibuat kat sini…apalagi kalau tak tari menari…macam-macam tarian yang dibuat tau..poco-poco, twiss, gelek, joget dan banyaklah lagi…sinilah boleh nak kenal golongan VVIP dan VIP tu..Dato’ -Dato’ dan Datin-Datin memang sukalah acara sebegini…. ko join menari sama ke ema?

taklah… malulah aku? aku ni siapa? orang bawah jer..lainlah yang lain tu.ceh, ayat poyo aku..hahaha…mula tu malu..lepas kak nor mengajak dan dah lama aku tak buat excerise…apalagi joinlah sekali..tapi sikit sajalah…nak lebih-lebih kan takut jatuh cam nangka busuk pula…

tengoklah diaorang punya gaya..memang berGAYA kan…aku saja yang simple…janji perut aku kenyang….errrrkkk..ALHAMDULILLAH..rezeki aku hari tu…



nota jari : opis aku pun akan buat jamuan hari raya juga.. mesti lebih grand dari tahun lepas ni… kalau tahun lepas aku pakai baju kaler INI…tahun ini kaler apa erkh?

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge