PERWAKILAN – Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri di Conakry

PERWAKILAN, singkatan kepada Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri.

Ahli Perwakilan dari wanita dan isteri-isteri kepada suami yang berkhidmat di luar negeri.

Ahlinya bukan dari Kementerian Luar Negeri saja.

Lain-lain kementerian atau jabatan yang turut mempunyai cawangan di Kedutaan Besar Malaysia di luar negara pun sama.

First Aktiviti Bersama Perwakilan Conakry.

Sepanjang aku berkhidmat, ini kali pertama aku join perwakilan.

Bila dah berkhidmat di luar negara, automatik dah jadi ahli perwakilan.

Masa di KL, tak aktif pun…huhuhu.

Padahal macam-macam aktiviti  ada.

Kadang bertembung dengan kerja hakiki.

Kadang bertembung time out-station.

Kadang tak bertembung pun, aku pula tak free.

Eh, banyak pula alasannya.

Sekarang, no alasan lagi lah.

Aku kat sini, wanita hanya 3 orang jer..komuniti paling kecil antara embassy kot.

Tak sure.

Walaupun 3 orang jer, dah plan macam-macam aktiviti.

Aktiviti pertama dah selesai.

Kenalkan nasi lemak pada local staff embassy.

Moh ler, kita masak-masak yer.

Kitaorang bahagi-bahagi kan nak masak apa..

Siapa yang masak nasi lemaknya.

Siapa yang buat sambal.

Siapa yang goreng ayam.

Masing-masing masak kat rumah sendiri.

Dah masak baru kumpul rumah KC untuk pack satu-satu.

nasi lemak dari kami

Pengagihan Nasi Lemak pada Local Staff

Makan jangan tak makan yer.

Penat kami bertiga masak tau.

Local staff kat sini ada yang pernah makan nasi lemak..ada yang first time makan.

Ada yang bertambah juga nasinya.

Ada juga yang minta ajar cara buat nasi lemak.

Ada juga yang tapau bawa balik pack yang lebih.

So, tiada pembaziran.

Alhamdulillah.

perwakilan conakry

Diaorang ni semua muslim tau.

Lagi seorang local staff perempuan tak ada dalam gambar.

2 pegawai ni, orang Malaysia kita lah…beza kulit dah dapat agakkan..

hehehehe…

Kedutaan yang banyak cawangan/jabatan lain..lagilah seronok..sebab ramai.

Aktiviti pun lagi berbeza..lagi meriah.

Apapun, mana-mana tempat sama, yang penting create something.

Dulu, kat sini pun ramai orang Malaysia..

Sekarang, hanya ada pejabat Kedutaan jer.

 

 

About emarieys

Ema has written 1249 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

malaysian blogger

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge