Persembahan Koir Tadika. Ingatkan kakak buat persembahan tarian dikir puteri. sebab tiap-tiap malam kat rumah kakak minta dipasangkan lagu dikir puteri dan buat tarian yang diajar cikgunya. rupa-rupanya cikgu pilih kanak-kanak berumur 6 tahun saja dan lagipun pakaian tradisional tidak cukup untuk dipakai.
Kakak masih muda. 2 tahun lagi kakak akan sekolah kat tempat yang sama. masih ada peluang… walaupun tidak masuk persembahan tarian, kakak berkoir. siap duduk kat depan.kakak hanya nyanyi ikut sedap mulut je. ada minta dia nyanyi kat depan mamanya ni, tapi aku sendiri pun tak faham. nasib baik ada backup singer yang kuat2 kat belakang tu.
mulut merah menyala pakai lipstik.
jom kita nyanyi bersama.
sempat lagi pandang kat ayahnya.
inilah semua anak-anak didik cikgu nurlias.
terima kasih kepada cikgu nurlias dan cikgu gaya kerana memberi tunjuk ajar kepada kakak. pengorbanan cikgu sangat-sangat dihargai.