Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum dan Selamat Petang.
Kelmarin punya cerita, inilah permulaan bisnes baru ema..bisnes menjual Corset Premium Beautiful….sebelum ema start perniagaan ini, ema terlebih dahulu menjadi seorang pengguna Corset Premium Beautiful..yelah, nak tahu jugakan apa kebaikan Premium Beautiful ini. betul ke apa yang diwar-warkan tentang kelebihan Premium Beautiful dengan produk lain.
Ekceli, dah lama saya baca blog-blog tentang kelebihan Corset Premium Beautiful ini. Nak beli pun akan fikir banyak kali. Al-maklumlah, saya pun bukannya banyak duit nak beli Corset Premium Beautiful ini semata-mata kan. so, saya telefon seorang member yang jual Corset Premium Beautiful. Saya tanya, saya nak beli. tapi saya tak ada cash..saya akan bayar secara bulanan. member saya terima.
Selepas itu, saya bagi size ukuran melalui sms sebab member saya di Pahang. saya tunggu member poskan Corset Premium Beautiful ini dulu. Bila saya dah pakai saya ada pasang niat “kalau aku pakai korset ini dan ada perubahan yang aku rasa, aku nak promote dan juallah..dapat side income”
Dua hari pakai, saya mula rasa perubahan. perubahan paling ketara adalah setiap pagi akan membuang air besar dan badan rasa ringan. setelah hampir dua bulan pakai kesakitan akibat suntikan epidural dah hilang sama sekali…syukur Alhamdulillah.
Setakat saya baru bermula dengan bisnes ini, Alhamdulillah ada orang yang ambil Corset Premium Beautiful dengan saya. sebab apa? sebab mereka diluar sana ingin mendapatkan Corset Premium Beautiful secara ansuran. paling jauh pun dari Johor.
Terima kasih pada member saya yang perkenalkan Corset Premium Beautiful ini.
Semoga Allah permudahkan perjalanan bisnes ini dan kekalkan bisnes ini sebagai pendapatan sampingan untuk saya sekeluarga.
Mungkin selepas ini, blog dan entry-entry blog akan banyak tertumpu kepada Premium Beautiful ini. harap sangat jangan ada yang dah mula membenci untuk datang ke sini…yealah takut bosan dengan entry pasal corset ini.
Nak cuba Corset Premium Beautiful tak ?