Program PERMATA Insan™ ini merupakan strategi menjana cendekiawan Islam dari bakat anak-anak kecil bagi membangunkan tradisi keilmuan Islam yang terbilang, sesuai dengan kemajuan teknologi terkini.
Kini, Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 telah bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2014.
Klik Banner untuk mendaftar
Program Permata Insan dibuat kepada semua sekolah rendah di seluruh Negara, sekolah rendah agama negeri (SRAN), sekolah rendah agama rakyat (SRAR) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Syarat-syarat kemasukan dan proses pemilihan adalah seperti berikut:
- Program ini terbuka kepada pelajar lapan (8) tahun, warganegara Malaysia dan beragama Islam sahaja.
- Pelajar dikehendaki menduduki ujian IQ UKM1 yang diambil secara atas talian (Online) dan semua pelajar boleh mendudukinya di lokasi masing-masing.
- Semua calon yang berjaya ujian IQ UKM1 akan mengambil ujian IQ UKM2yang lebih tinggi tahap kesukarannya. Ujian UKM2 merupakan satu lagi ujian kecerdasan yang dibina oleh UKM untuk menyaring pelajar Permata Pintar.
- Kelulusan dalam ujian UKM 2 ini akan melayakkan pelajar mengambil Ujian USIM 1 iaitu bagi menguji kecenderungan dan kebolehan dalam pengetahuan Islam, membaca al-Quran, Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Tulisan Jawi. Lokasi ujian dikenalpasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut taburan calon dalam situasi yang terkawal. Ujian USIM 1 mengandungi bentuk penilaian seperti berikut iaitu:
- Ujian bertulis iaitu untuk menilai tahap pengetahuan dan amalan akidah, feqah, sejarah, tajwid dan kebolehan menggunakan tulisan jawi, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
- Ujian membaca al-Quran dan Hafazan iaitu menilai tahap kebolehan membaca al-Quran dan Hafazan dengan betul dari segi kefasihan, tajwid dan taranum.
- Temubual Ibu Bapa atau Penjaga.Temubual ibu bapa atau penjaga juga dijalankan semasa pemilihan. Tujuan temubual ini adalah untuk melihat tahap komitmen ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak dan persetujuan untuk bekerjasama dalam menjayakan program Permata Insan ini sekiranya anak mereka terpilih.
Pendaftaran sangat mudah. Selepas daftar, boleh terus menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pastikan anak menjawab sendiri dan ibu bapa perlulah jujur.

Selesai menjawab, anak akan terus mendapat sijil penyertaan. Jika terpilih untuk peringkat seterusnya. Ibu bapa akan dihubungi melalui emel.
Layari http://permatainsan.usim.edu.my/
selamat berjaya akak ucapkan 🙂
Program ini sangat bagus… Semoga program ini diadakan secara berterusan pada masa akan datang…
Anuar recently posted…1.33% daripada 30 juta Mykad rakyat Malaysia telah diaktifkan
Sayangnya anak kakak dah lebih dari 8 tahun..
Moga Azwa terus berjaya ke peringkat lebih tinggi
Menarik program ni…semoga berjaya bunda ucapkan….
Salam ziarah dari bunda…
BjUNDA recently posted…Blackout…
bagus lah program ni. ada anak nanti boleh hantar sini.
Sya Isya recently posted…BAJU KURUNG PAHANG KOLEKSI RAYA 2014 MURAH DAN CANTIK
bagusnya program online macam ni, zaman it semua di hujung jari kan ema
ajumohit recently posted…JJCM @ Restoran Tapak Sulaiman @ Bunian
program sebegini memang bermanfaat…memang kena lebihkan program-program macam ni kan 🙂
puteri kasih recently posted…Menjaga Budak Comel
Azwa dah jawab ke soalan2 tu? Susah tak soalan2nya? InsyaAllah ada rezeki azwa akan dpt la nanti.
Ohh bagusnya program ni..terbaiklah…
Hafizul recently posted…Pendapatan Ke 31 Dari Jobdirumah
ni anak umo 8 tahun aje ke bleh apply?
kalau dah terlajak tak bleh la ye?
tapi anak akak bulan 8 ni baru 9 tahun
agak2 bleh apply tak?
ellynadyra recently posted…Indonesia: Jakarta – Part 4
Baguslah idea ni. Teringat kisah anak saya. Bawa balik kertas ke rumah dan katanya suruh di tulis tangan di tempat kosong. Sekali tengok memang print out, tapi seboleh-boleh disuruhnya saya tulis tangan pada kertas tu. Anak saya belum mendaftarlah, sempat lagi kot!
Mummydearie recently posted…I ‘mc’ lah you …