U Mobile Prepaid…U ada?…

seronok layan internet laju-laju
tanpa tersangkut-sangkutmelalui handphone
melalui pc atau laptop
semuanya okeyfirts time guna line U Mobile ini
terus jatuh hati
dengan harga pakej yang amat berbaloi-baloi
unlimited tue…

ema guna U Mobile Prepaid
hanya RM 28 sebulan
sangat-sangat berpuas hati



dan sekarang handphone hadiah harijadi ema ini
telah dijadikan sebagai portable wi-fi hotspot
untuk kami berinternet sama-sama

cuma berharap..coverage U Mobile ini akan lebih meluas lagi

nak tahu lebih lanjut boleh klik kat SINI

 

Tagged : /

Keindahan Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah

Pulau Manukan, Kota Kinabalu Sabah

Nak habiskan entri kat Kota Kinabalu, Sabah…last entri dah ni… entri yang penuh dengan gambar…nak cerita pun dah ingat-ingat lupa..tapi siapa yang sampai kat sini..rugi woo tak singgah ke Pulau Manukan kat sana…sekejap pun jadilah… buat macam kami ni..pukul 7.00 pagi dah berada kat jeti…pukul 8.00 pagi dah ada kat bot…pukul 8.15 pagi dah sampai kat pulau dan pukul 10.00 pagi dah gerak balik… kejar masa nak balik ke KL pula..

aktiviti harian penduduk perkampungan laut di seberang sana… mula tu kami sangkakan akan naik bot seperti ini..kalau seperti ini..awal-awal lagi dah cancel nak naik…. tapi bagi penduduk sana dah biasakan..rileks saja..

manalah bot yang disewa kami ini…RM 150 untuk satu bot..so kongsi RM 50 sorang… tapi still lagi mahal okey…

jangan tiru seperti kami yer..tak pakai jaket keselamatan… memang ada pun kat bawah seat tu… inilah bot yang kami naik..barulah rasa konfiden nak naikkan…abang arman inilah yang bawa kami ke Pulau Manukan…sini kami tanyalah sikit tambang yang sebenarnya…dia cakap hanya RM 100 untuk satu bot tidak lebih 7 orang..kalau lebih 7 orang dah kira kepala pula… adatlah kan pertama kali datang…kena pula dengan orang tengah…dah makan kat dialah RM 50.00 tu..haish…untung bersih saja pakcik tu… apalagi terus saya ambil no telefon abang arman ni..korang nak tak?

sampai jeti pulau..dah jakun tengok macam-macam jenis ikan…itupun kat papan tanda saja…

selamat datang yer kawan-kawan.. nak masuk sini kena bayaran RM 3 untuk seorang pula tau…so sediakan duit kecil awal-awal..

ikut arah papan tanda..jangan ikut arah saya…ngeh3x

jangan main-main…opps, meletop nanti…

siapa yang berbajer besar tu…bolehlah main scuba ni..tak silap saya RM 250 seorang…tangkap video kat dalam laut sekali tau…

ada chalet untuk bermalam kat sini..tak silap saya RM 175 seorang untuk satu malam… kalau nak murah carilah hotel kat bandar KK….datang sini naik bot saja..senang kan…

pasir yang halus

pohon-pohon menghijau

mahu keluar peluh pun ada…

jeti yang selamat untuk dilalui

pulau-pulau berdekatan

air yang jernih sekali..boleh nampak ikan bilis ke tu?

kelihatan ikan kongsi makanan..

kelihatan semakin ramai yang datang

pulau sapi ke namanya

terima kasih kat student UiTM kerana bagi kami makan ubi rebus…pandai diaorang agak perut kitaorang ni tengah kelaparan..yelah tak sempat pun nak breakfast kat hotel…

jalan pun sudah..ronda pun sudah…pusing pun sudah…apalagi say ‘goodbye’… saya akan datang kembali tahun depan…InsyaAllah…

Pasar Kering

selepas balik dari Pulau Manukan..haruslah berjalan kaki menuju ke hotel..sempatlah lihat aktivit harian mereka kat pasar kering… lihat saja tau…

tidak membeli pun

sampai hotel, pack beg dan terus check-out dan Selamat Tinggal Kota Kinabalu

sebenarnya ada 5 pulau tau..tapi Pulau Manukan yang ramai orang pergi…nak pergi kelima-lima pulau..kenalah tambang lebih sikit.

Tagged : / /

beginikah rupanya?

Detox Patch untuk membuang toksin. Korang pernah tak acu cuba try test pakai detox patch nie? ala pelekat berubat yang letak kat tapak kaki tu. yang sesuai dipakai time malam-malam. senang citer pakai time tidur pastu bangun dari tidur esok paginya barulah buka. nanti korang boleh nampak kesannya kat detox patch ni. apa kesannya, jadi hitam ke? kelabu ke? coklat ke? biru ke? merah ke? tukar kaler merah mahupun biru ni, tak pernah lagi aku dengar. lainlah kalau korang kat sana pernah dengar.beginilah rupa detox patch dalam bungkusan. mr. ery beli dengan dia punya adik. nak cuba dan tengok kesannya. tak silap aku 10 bungkus RM 15.00.

dan ginilah cara tampal kat tapak kaki tu. nie bukan gambar kaki aku ataupun mr. ery yea. aku copy saja kat internet tu nak tunjuk cara tampal yang betul. kan tampal salah tak menjadilah pulak.

 


dan inilah hasilnya. tak adalah hitam sangat. kelabu-kelabu asap jea kalernya. mr. ery guna detox patch ni sebanyak 9 keping (kiri dan kanan), selepas guna 9 keping ni kaler dia dah semakin cerah. aku hanya sempat guna 1 keping jea. sama juga kalernya. hanya kelabu-kelabu asap jea. tak adalah hitam melegam macam arang tu. mungkin toksin dalam badan aku ni kurang.


nie aku sediakan sedikit info tentang detox patch nie. mana tahukan kalau korang berkenan nak cuba. SELAMAT MENCUBA.

Guna 5 malam berterusan rehat 2 hari – ia bertujuan untuk mengumpul toksin yang tersumbat dalam badan kita. kemudian pakai semula selama 5 malam, rehat 2 malam dan seterusnya. (aku tak ikut pun arahan ni. itu pasal tak rasa apa-apa kesannya kot).
Ini bermakna hanya perlu pakai selama 22 malam sahaja dalam sebulan.

Tanda-tanda banyak TOKSIN kat dalam badan kita

• Kerap sakit kepala.
• Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
• Susah bangun tidur.
• Bahagian keliling mata gelap.
• Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
• Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
• Sinus.
• Berat badan meningkat.
• Kehadiran selulit.
• Masalah jerawat dan banyak lagi.

FUNGSI-FUNGSI FOOT DETOX PATCH

* Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
* Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
* Membuang angin dalam badan.
* Mengurangkan allergic, sakit sendi,
* Mengurangkan Sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
* Menormalkan tekanan dan aliran darah
* Menguatkan sistem immune badan
* Melegakan sakit tumit & tapak kaki
* mengurangkan sembelit, Kembung perut
* membantu masalah jerawat/resdung
* Mengurangkan Diabetes, Kegemukan
* Mengatasi masalah sukar tidur
* Berpanjangan penggunaan ubat
* Bekerja dengan bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
* Menyegarkan ketika bangun dari tidur
* Mengurangkan sakit gout, sendi, juga untuk perokok
Tagged : /

Dah lama tak naik…dah lupa…

Semalam mamaema amik cuti 1 hari…mahu setel kerja2 yg tertunggak… first pergi public bank mahu bayar duit kete..baru jea nak masuk kat mesin wang…ada sign bgtahu ada kerja2 pembaik pulih mesin2 tue..tunggu punya tunggu..agak lama juga…mamaema pun jalanlah… coz dah terlewat janji nak jumpa member kat kinrara… tak bolehlah terlewat dah janjikan… selepas saja selesai..on the way nak balik rumah singgah lagi ke bank tue…

nasib kerja2 pembaik pulih tue dah selesai tapi ada juga kejadian yang buat mamaema tension…. masa nak masuk duit kat dalam mesin cash deposit tue… RM 20 yang tertinggal… dah cuba berpuluh2 kali tapi masih tak dapat2..kat tangan mamaema hanya ada RM 10 dua keping itu saja… so dah tak larat mencuba dan tengah kejar masa akhirnya terpaksa jugak masukkan RM 50 sekeping… maka terlebih sudah bayar… bulan depan konpem mamaema akan bayar kurang….hehehe…padahal duit tue tak ke mana pun kan…hanya untuk bayar hutang kereta saja….

Naik Komuter

mamaema kejar masa mahu pergi ke LCCT..mahu jumpa angah baru balik dari singapore dan kirim barang…. mr. ery tidak kasi drive kete sorang2..BAHAYA… so mamaema naik komuter dari bandar tasik selatan dan naik bas ke LCCT…. so apa yang berlaku kat dalam komuter??? puncanya sudah lama mamaema tak naik komuter…rupa2nya koc yang mamaema naik adalah khas untuk wanita saja..itupun mamaema dapat tahu bila ada orang announce koc tengah hanya untuk wanita sahaja..coz ada lelaki terus masuk kat dalam koc..tanpa sempat tengok pada sign di cermin…

kalau mamaema nie lelaki pun mamaema tak terperasan jika dah lama tak naik komuter kan…tidak silap mamaema, koc wanita nak dikalerkan warna pink.. maybe tak ada kesempatan kot…. so dengan kejadian itulah baru mamaema terperasan..semuanya wanita saja yang ada kat dlm koc nie… ada kebaikannya dan ada jugak keburukannya…. nanti mamaema listkan…

Ada orang arab nie, haa.. dia pun beratur kat laluan koc wanita saja… so mamaema fikir dia nie tak faham atau buat2 tak faham…. tapi bila komuter dah sampai rupa-rupanya pak arab nie terus pergi ke koc sebelah dan bawak sorang anaknya..dan sorang lagi dengan wifenya…so diaorang nie berpisah koc lah kejap kan… nasib baiklah pak arab nie faham..cepat betul mamaema fikir yg bukan2…huhuhu…yang dapat mamaema listkan kebaikan dan keburukannya… kalau korang rasa nak tambah..korang hantarlah komen yea…

KEBAIKAN

1) tidak perlu berebut2 dan bersentuhan dengan bukan mahram
2) tidak perlu takut2 dengan penyeluk saku..erm wanita ada tak penyeluk saku??
3) tidak kelemasan dgn bau2 yg masam…hehehe

KEBURUKAN

1) bagi yg couple tue akan berpisahlah kejap yea..
2) bagi keluarga pun akan berpecah jugak..kalau yg ada dua anak..sorang bawak satu..tapi kalau ramai mcm mana tue…
3) kekadang orang ramai tak terperasan mana satu koc yg dikhaskan untuk wanita ini….

Tagged : /