Pergi Bangi Wonderland Theme Park Untuk Kali Ketiga

Disebabkan dapat voucher free masuk ke Bangi Wonderland Theme Park & Resort dan tarikh dah dekat nak tamat tempoh makanya pergilah sana untuk kali ketiga. Kalau lambat lagi tamat, memang tak pergi lagilah jawabnya. Kan membazir pula tak pergi dapat tiket free untuk 4 orang. Istimewanya ada tawaran untuk orang yang lahir bulan Januari dan Februari dapat tiket percuma. Jadi, kiranya dapatlah 1 lagi tiket free sebab bulan kelahiran Mr.Ery bulan Januari.

 

Bangi Wonderland Theme Park & Resort

Mengisi perut untuk sarapan dulu. Bagi kenyang perut anak-anak baru seronok mereka nak bermain air. Lagipun perlu berjimat sebab nak balik Kelantan cuti Thaipusam dan Hari Wilayah. Sampai di sana, pergi ke kaunter untuk tunaikan voucher. Dapatlah 4 tiket. Tunjukkan kad pengenalan Mr.Ery untuk dapatkan satu tiket lagi sempena bulan kelahiran tapi tak boleh. Atas sebab perlu bawa partner seorang. Baru dapat satu tiket free dan pasangan dapat harga diskaun.

Tawakal. Kalau Ayra Sufia lepas ketinggian 90cm, tak perlu tiket. Tepi kaunter ada tempat ukur ketinggian. Ukur ketinggian Ayra Sufia ada terlebih sikit dalam 2cm. itupun sebab pakai selipar. Aku tak beli pun tiket. Nak masuk ke dalam, di bahagian scan gelang kena juga check ukuran Ayra Sufia sekali lagi walaupun aku cakap dah ukur. Sebab di situ pun ada tempat ukuran. Okey lepas. Tapi selepas ini, mesti dah kena bayaran. Cepat sangat tingginya.

Orang ramai tapi tidaklah sesak. Aku pun seronoklah mandi juga temankan Ayra Sufia ni. Dia jenis yang takut mandi yang ada air macam hujan turun tu. Tetiba aku lost nak cakap air jenis apa. Lama sangat cuti ni. Faham-fahamlah sendiri. Ayra nak mandi di kawasan air tenang. Pergi bawa tempat yang berteduh pun tak mahu dia.

Kakak dan abang aku tak risau sangat. Dah pandai bawa diri untuk pergi mandi. Tak terdaya aku nak ikut diaorang pergi main slides semua. Penat dan panas pula cuaca masa tu. Habis terbakar kulit mandi tak ingat dunia.

Baca : Kali kedua ke Bangi Wonderland Theme Park


 

Kemudahan Ditambah

Cuaca masa aku pergi memang betul-betul panas terik. Duduk lama dalam kolam, nakkan sejuk. Itu yang cepat terbakar kulit. Banyak-banyak slides yang ada, satu sajalah aku naik. Itpun sebab si kakak tak habis-habis suruh aku main sekali. Katanya “membazir mama, datang sini tak main gelongsor?” . Dengan bermalasan, aku temankan juga kakak main gelongor warna warni. Best giler. Tapi cukuplah sekali mainnya.. Malas nak beratur ikut turn.

Pembukaan Bangi Wonderland Theme Park ni pun masih baru lagi. Ada pertambahan kemudahan yang aku nampak. Contohnya kemudahan sewaan gazebo. Okeylah cantik dan selesa.

Tengok gambar saja pun boleh rasa bahang panas matahari. Panas-panas pun berjam juga mandi di sini. Balik rumah  terus pengsan semua kepenatan. Esoknya, berpesta makan durian sampai kenyang. Itulah rezeki namanya.

Tak akan serik datang sini, maybe akan ada untuk kali keempat..kelima..keenam..dan seterusnya.

 

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

3 thoughts on “Pergi Bangi Wonderland Theme Park Untuk Kali Ketiga

  1. Wah syoknya bercuti dengan keluarga.Aak-anak pasti sukakan theme park tu.Wonderland Theme Park memang best dan menyeronokkan.Bagus untuk eratkan hubungan antara keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge