Percutian Pulau Perhentian Besar

Trip to Pulau Perhentian bersama rombongan kawan-kawan mr.ery seramai 4 keluarga dan sekumpulan adik beradik. Bertolak dari Kuala Lumpur pada jumaat malam dan sampai awal pagi sabtu di Jeti Besut, Terengganu. Sempat lagi menyinggah di Homestay Haji Haris di Machang, Kelantan. Kebetulan keluarga mertua ada balik.

Percutian Ke Pulau Perhentian

Janji berjumpa dengan orang yang mengaturkan trip ini jam 8.00 pagi tetapi tiba pukul 10.00 pagi. Dengan muka serabai, dengan badan dah melekit sebab belum mandi tambah pula mood dah ke laut membuang masa.

Menunggu di dalam kereta sampai kejang bontot, sempat capture salah satu syarikat yang menyediakan pakej percutian ke Pulau Perhentian.

Pakej Pulau Perhentian

Menunggu lagi bot yang tiba, menunggu lagi untuk meletakkan kereta di tempat yang disediakan. Walaupun bukan musim cuti sekolah, tetapi orang tetap ramai untuk bercuti ke pulau.

Pulau Perhentian01

Anak-anak tak meragam biarpun masing-masing mula tak selesa kerana tidak mandi. Tak sabar untuk mandi air masin.

Jeti Pulau Perhentian

Bot Pulau Perhentian

Pastikan pilih tempat duduk di belakang sekali untuk mengelak dari terkena pecikan air laut di muka. Pandaikan kami, pilih di belakang sekali sebelah pemandu bot.

Pulau Perhentian02

Aqeel tak sabar mandi

Pulau Perhentian

Awana bukan pilihan kami kerana harga agak tinggi. Terpaksa berjalan kaki sambil menolak beg pakaian di atas pasir halus menuju ke penginapan kami yang sebenarnya.

Awana Chalet Pulau PerhentianDi sinilah penginapan kami selama 3H 2M di Bayu Dive Lodge berkonsepkan rumah kayu.

Room Rate Pulau Perhentian

Maklumat Pulau Perhentian

Perhentian Perhentian  ialah dua pulau bernama Pulau Perhentian Kecil (Small Perhentian Island) dan Pulau Perhentian Besar (Large Perhentian Island). Nama Melayu Perhentian diterjemahkan sebagai “meletakkan menghentikan” dan ini betul-betul apa dua pulau ini ialah kepada peniaga mengembara antara Malaysia dan Bangkok dalam tahun-tahun berlalu.

Pulau Perhentian ialah sebuah syurga tropika. Dikurniai ruang terlindung dan perairan hijau zamrud, selam skuba di kedua-dua pulau.Pulau dikurniakan pelbagai jenis terumbu karang keras dan lembut sungguh menakjubkan.

Chalet-chalet dan sesetengah resort-resort yang dengan sederhana mewah membariskan pantai-pantai indah bersama dengan restoran, pusat penyelaman dan pengusaha bot mengiklankan perkhidmatan mereka dengan tanda-tanda dilukis tangan.

perhentian_Map

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

14 thoughts on “Percutian Pulau Perhentian Besar

  1. Belum pernah sampai lagi ke Pulau Perhentian. Tunggu anak yang kecil tu besar sikit. Lepas tu tunggu lagi sampai tak tahulah bila 🙂

    Katanya cantik Pulau Perhentian ni. Menghijau airnya. Ni Ema pergi bukan waktu cuti sekolah ke?
    Mummydearie recently posted…Selesai satu tugas …My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge