Loading...
Travel

Percutian Ke Krabi Singgah Trang Andaman Gateway

Cantik tu tempat tu, ada gajah.. jom berhenti. hahaha, ikut suka hati jer minta berhenti..driver kan adik ipar sendiri..padahal tak minta pun tak apa, sebab orang yang pandu van ni pun suka ambil gambar. alih-alih dia yang dulu lagi berselfie sampai van lupa nak kunci.

Trang Andaman Gateway.

Trip Hatyai 10

Ini tak adil…siapa yang ambil gambar kami ni… Tak nampak penuh tulisan Trang Andaman Gateway..

Trip Hatyai 11

Mr. Ery ambil boleh nampak penuh.. lepas kami posing ala model iklan sikit, pakat semua nak berposing juga. hahaha. tak boleh nak lebih. Amboi adik aku sorang ni, macam honeymoon pula…anak mana anak…

Trip Hatyai 28

Trip Hatyai 12

Trip Hatyai 13

Trip Hatyai 14

Ke Trang dalam 23KM, ke Krabi  157KM..ke Phuket 314KM. Jauh sangat ke Phuket. fuhhh, kejung duduk dalam van lama-lama.

Trip Hatyai 16

Trip Hatyai 15

Narathiwat

Lepas puas bergambar di Trang Andaman Gateway, nak cari tempat untuk makan. Dari keluar rumah semua tak sarapan pagi. Cik Ngah bawa bekal nasi lemak, mama tok bawa sandwich. Jimatlah sikit. Driver cari pantai pusing-pusing tak jumpa jalan nak masuk ke pantai. Last-last jumpa satu taman, maka berhenti kat situ, kita sarapan dulu.

Trip Hatyai 23

Bersih taman dia. Ikan dalam tasik banyak. kereta tak boleh masuk. kena park di luar..kendonglah sikit sorang bawa bekal. Aku kendong Ayra jer. Tengok warna jalan biru dan hijau tu. sebelah menyebelah je.

Trip Hatyai 24

Trip Hatyai 26

Perut semua dah terisi. kita teruskan perjalanan.. Krabi belum sampai lagi ni.

Trip Hatyai 17

Ayra ni bawa pergi mana senang. tak meragam tak banyak peel. pergi hutan, pergi berkhemah, pergi air terjun, air sungai..Alhamdulillah sangat. baik jer..cuma bila duduk dalam van lama. datang lah puas dia. itu yang suruh Mr.Ery pula yang pegang. turn isteri nak betul urat. lenguh riba lama. si isteri lena tidur dulu…

Belum masuk Krabi lagi ni..entah berapa part nak kena buat agaknya…

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

6 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge