Perancangan last minute seminggu cuti sekolah. Penat layan cikngah, penat layan pun untungnya besar. hahaha. cikngah ni call tanya pergi mana cuti sekolah..si kaklong nya jawab tak ada pergi mana pun. Dia minta check ticket pergi Bali. Adatlah musim cuti sekolah pastu last minute, lagi ke Indonesia memang tinggilah harganya. Minta pula check air ticket ke Krabi, pun sama mahalnya. Dah air ticket mahal, kita pergi ikut darat saja.

Percutian Ke Krabi Melalui Sungai Golok.

Booked hotel kat Krabi. Plan awal bawa masuk kereta sendiri. Tapi memikirkan jauhnya perjalanan dan banyak pula kena prepare dokumen, sewalah van.

Trip Hatyai 01

Konpem dah jadi pergi, kena renew passport si kakak dan abang..yang lain dah renew masa pergi Narathiwat. Kalau tak fikirkan nak pergi holiday, tak kuasa nak pergi renew passport dekat hari cuti sekolah ni. ramainya orang nak pergi makan angin. mereput tunggu turn. nangis kakak, bila aku cakap tak ada passport kakak dan abang tinggal dengan tokma…hehehe.

Trip Hatyai 03

Basah ketiak weh, jalan kaki dari imigresen Malaysia ke imigresen Thai. Padan muka, jual mahal tak mau naik kereta prebet…kereta prebet ambil tapi sumbat beg. Yealah, ingatkan dekat rupanya boleh tahan juga kalau jalan kaki. Masa  dulu pergi hatyai, orang dah tunggu sebelum imigresen Malaysia. ini kali orang dah tunggu juga, tapi sebelum imigresen Thai.

Trip Hatyai 02

Imigresen Malaysia

Di Imigresen Malaysia, lancar tak ada sangkut. Sebelum pergi, dah check status perjalanan tau. kot-kot tersangkut kan. Yang lama di Imigresen Thai. Nak kena beratur, nak kena isi borang white card. Kami pergi ramai, terus upah orang sana yang isikan..seorang RM2. itupun dekat setengah jam dia nak siapkan semua. mana yang siap dulu, terus ambil pergi kaunter.

Trip Hatyai 22

Van yang dah lama tunggu. Van sewa khas dari Merc Thailand. sangat selesa untuk kami seramai 13 orang ni. Pemandu pula adik ipar sendiri. Dia ada international license, boleh bawa kereta di negara orang.

Trip Hatyai 27

Tengoklah selesanya van dari Thailand ni..aku yang tinggi 170cm pun lepas dengan ketinggian bumbung van.

Trip Hatyai 09

Bila dah driver pun dari ahli keluarga, ikut suka berhenti mana-mana..lepas tu pula ramai. ada pelbagai peel lah…eh kejap lapar, eh kejap nak kencing..eh kejap sakit perut.

Trip Hatyai 04

Besar samosa daging dari Thai ni.. Ini beli  kedai tepi jalan area orang muslim.. sebelum masuk narathiwat.

Trip Hatyai 05

Air tuak

Trip Hatyai 06

Anak tak minum air tuak… minum air kelapa muda..Anak-anak pun dapat satu seat sorang.

Trip Hatyai 07

Tak sedar tayar belakang pancit rupanya..perjalanan dah hampir separuh pun. Berhenti tepi jalan, nak tukar dengan tayar spare. nak buat sendiri..bila cari tempat tenang, sekali nampak ada kedai tayar.  terus minta orang kedai yang tukarkan…tak sampai setengah jam. setel.

Trip Hatyai 08

Perjalanan kami ke Krabi masih jauh lagi…tidur bangun tidur bangun lah duduk dalam van.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

22 Replies to “Percutian Ke Krabi Melalui Sungai Golok”

  1. Perjalanan darat ke Krabi tu okey ya, Ema? Tak bahaya ke? Teringin juga nak ikut jalan darat tapi bila cerita selatan Thai ni ngerilah pulak. Memang sampai bilalah tak perjalanan kalau dah hati kecik macam ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *