Travel

Percutian di Kuching Sarawak….antara tempat yang sempat kami singgah

Tempat menarik di Kuching, Sarawak.

Nak habiskan pasal percutian di Kuching Sarawak…baru tiga hari pergi..tapi buat entry seperti sebulan pula pergi..nak bercerita pendek saja.

1) Tempat kraftangan..jalan-jalan sekadar cuci mata saja

tempat menarik di Kuching

2) Kek Lapis Dayang Salhah…memang kek lapisnya sedap..ramai artis-artis datang beli kek lapis kat sini termasuk Datuk Siti Nurhaliza…tertampal gambar-gambar artis memborong kek-kek lapis kat sini… tak sahlah kalau pergi cuci mata sajakan…semestinya kena beli.Kek Cadburry sangat-sangat sedap…masih ada lagi dalam peti ais yang belum dijamah.

gambar dari google

tempat menarik di Kuching

3) Main Bazaar dan Waterfront..sekali lagi lewat petang hari kedua singgah sini.. sempat membeli pelbagai key chain yang harga lebih murah dari hari sebelumnya..ingatkan kat dalam kedai Waterfront lagi mahal..rupanya lagi murah pula.

tempat menarik di Kuching

Ini ema habiskan percutian pada hari kedua…nantikan sambungan pada hari terakhir di sana.

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge