Sihir
Kenapa masih ada manusia yang hatinya sangat-sangat busuk. hendakkan sesuatu benda itu akan dilakukan dengan cara yang jahat sekali. merana sungguh bagi yang terkena dengan ilmu sihir. tak takut ke dengan balasan yang akan dikenakan nanti?

Kalau tak dapat cara elok, dibuatnya dengan cara tidak elok. dibuatnya seseorang itu hidup merana, sengsara, terseksa, sakit, malah ada yang meninggal dunia.

Mulanya ku tidak percaya akan wujudnya sihir-sihir ini. tetapi bila dah dengar dan lihat, seharusnya kena percayai. pelbagai jenis ilmu sihir yang diamalkan dari dulu hingga sekarang. antaranya sihir melalui patung, telur, tangkal dan azimat serta sihir PEMBENCI dan KASIH SAYANG. tujuan mereka untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang senang dan mudah.

Seseorang yang terkena sihir itu akan ada perubahan dari segi fizikal, mental mahupun spiritual. tetapi dalam Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya dan tiap-tiap penyakit ada penawarnya. sihir boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah (ayat 1-6) tiga ayat (ayat 255 -257) dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. serta boleh membaca dari ayat Kursi kerana ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. amalkan dengan penuh yakin bahawa Alah S.W.T boleh menyembuhkan sihir.

Dan bagi kita, berdoalah agar seseorang yang melakukan sihir itu supaya sempat bertaubat kepada Allah S.W.T…

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *