perbarisan kanak-kanak seluruh wilayah persekutuan

Perbarisan Hari Kemerdekaan. semalam hari ahad, kakak ada perbarisan sempena hendak menyambut hari kemerdekaan. perbarisan dekat rumah flat (lupa nama….nanti bagitahu) kat sentul. Y.Bhg Senator Tan Sri Koh Tsu Koon yang merasmikannya.kawan-kawan kakak ramai yang tak dapat join hanya beberapa orang saja. perbarisan ni mama@penjaga kena mengiringi sekali. cikgu sorang-sorang tidak terdaya. asalnya, tokma dah siapkan sepasang baju kurung kedah untuk kakak pakaikan. tapi sampai kat sekolah ada pakaian tradisional kaum kadazan padan dengan kakak. so dapatlah kakak bergayalah dengan pakaian tersebut.
 
inilah gaya pakaian kaum kadazan
 
puas aku suruh dia tengok kat kamera nie. tapi tetap tak mahu layan mamanya
 
siap berlipstik dan bereyeshadow lagi…
 
 
kan cantik pandang kamera
 
dari sekolah-sekolah tadika seluruh wilayah. ada 360 buah semuanya. banyak tue…standby nak gerak. hanya beberapa orang saja wakil dari sekolah kakak ni. masing-masing kawal anak sendiri. cikgu pun turut membantu. bermacam-macam jenis pakaian tradisional diaorang nie sembahkan.
 
time nie, masing-masing sudah mula kepanasan dan kepenatan. kesian dekat kanak-kanak ni. siapa punya rancanganlah bagi kanak-kanak buat perbarisan last-last manakala yang dah besar-besar dan remaja-remaja dikasi jalan dulu. memasing menyalahkan orang yang ‘take over’ perbarisan ini. cikgu-cikgu pun bising sebab kesiankan anak-anak muridnya. sudahlah kanak-kanak jalan last sekali. kanak-kanak yang berpakaian beragam paling last sekali selepas kanak-kanak berpakaian seragam sekolah dan sukan. sudah silap cara pengendaliannya. sepatutnya kanak-kanak pakaian beragam yang jalan dulukan. selepas saja kanak-kanak pakaian sukan habis semua dah gerak teruslah kitaorang gerak ke depan tanpa menunggu cikgu yang memegang sepanduk yang sepatutnya ke depan.
 
semua dah jalan tidak mengikut barisan. berpeluh-peluh kakak. tapi still steady punya anak mama
 
 
habis hilang segala makeup. akhirnya selesai perbarisan. kesian kakak sudah kepenatan sangat. sempat lagi aku ambil gambar dengannya.hilang kepenatan. cikgu belanja aiskrim. nak yang tu.. nak yang ni….tiga kali tukar perisa. akhirnya pilih oren.
 

nota jari : mama bangga mempunyai kakak

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge