Aqeel

Perancangan last minute menginap Sum Sum Valley, Janda Baik

menjadi pula bila rancang last minit ini.
puncanya tak tahu nak pergi mana masa cuti hari krismas
terus check kat mana-mana web tempat untuk cuti rehatkan minda
terjumpalah satu laman web penginapan kat Sum Sum Valley
nampak status dia..ada satu rumah kosong sebab ada yang batalkan di saat akhir.
terus dial nombor dan transfer untuk booking..
hari ini tepon esoknya nak pergi….

memang tak pernah sampai pun kat Janda Baik
pernah lalu sekali time tengah malam buta
nak lari dari jem kat highway karak tu
tak sangka banyak penginapan kat dalam sana

kami pergi tiga keluarga
terlepas dua kali jugalah nak cari tempatnya
signboard kecil sangat…
ada dua jenis rumah kat sum sum valley ni
satu rumah orchid dan satu lagi raflesia

dah hanya ada satu..so, dapat yang orchid punya
RM 140 untuk satu malam..
kalau reflesia RM 160 satu malam..bezanya ada peti ais.

lupa pula nak snap gambar kat dalam rumah
korang boleh tengok pada web sum sum valley kat SINI

kat sini ada tempat untuk memancing
bagi yang stay..memancing free
tapi kalau dapat ikan..kena timbang dan bayar ikut harga pasaran
selama dua hari tinggal sana..tak dapat hasil pun
seronok tengok gelagat orang yang dapat ikan seekor

memang kawasan sangat luas
sesuai untuk buat family day bagi bilangan kecil
cuaca sekarang kan hujan jer
terpaksalah menempuhi becak dan selut

bila pagi…rasa tenang saja..
si aqeel pun suka main lari-lari

dah larang jangan berlari..tapi tetap nak lari…jatuh pun tak sakit..sebab kawasan berumput…petang-petang main bola sepak lagi dengan sepupunya

cantikkan pemandangannya

macam-macam posing si aqeel ni

terima kasih kat owner Sum Sum Valley. lain kali kami datang lagi

ada kejadian yang menimpa tempat becak tu.

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
0 Shares

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge