Tak kira di mana tempatnya untuk anda pergi camping samaada di tepi pantai, air terjun mahupun dalam hutan. Perlu siap sedia dengan checklist peralatan-peralatan yang perlu dibawa. Barulah seronok untuk bermalam dalam khemah.
Peralatan untuk Camping
Antara item yang perlu dibawa sebelum pergi camping:
1) Khemah – Yang ni tak bolehlah tertinggal, kan tertinggal tak jadi camping jawabnya.
2) Kain Rentang – Digunakan sebagai alas tempat duduk atau sebagai penutup khemah sekiranya hari hujan. Boleh juga kurangkan bahang panas dalam khemah.
3) Sleeping bag – Kadang-kadang satu khemah tak cukup untuk anak-beranak, seorang boleh tidur dengan sleeping bag. Ia pun tahan sejuk.
Baca: Pengalaman Camping di Hutan yang Sejuk
4) Tikar – Digunakan sebagai alas duduk di luar atau dalam khemah.
5) Dapur mudah alih – Tak perlu susah-susah buat unggun api untuk masak, pakai dapur gas mudah alih. Senang dan cepat kerja memasak.
6) Portable Cooking Stove – Dah bawa dapur mudah alih, jangan lupa bawa gas sekali. Buat stok dua atau tiga botol.
7) Lampu Rechargeable – Memudahkan pergerakan pada waktu malam. Lebih-lebih lagi di dalam khemah, sangat gelap. Boleh terpijak orang yang tengah tidur. Pastikan charge penuh sebelum bawa.
8) Powerbank – Peralatan yang penting juga untuk charge handphone anda. Dalam hutan mana nak cari plug. Ada ketika digunakan untuk hidupkan kipas usb.
Baca: Pengalaman Camping di Air Terjun
9) Ubat – Persediaan awal adalah ubat-ubatan. Sakit perut, sakit kepala, luka boleh berlaku tanpa diduga.
10) Kelengkapan diri – Kelengkapan pembersihan diri seperti sabun, berus gigi dan ubat gigi jangan lupa. Alat solek tak perlu pun tak apa, bukannya nak melawa pun masuk hutan kan.
11) Lain-Lain Alat – Fikirkan peralatan apa lagi yang perlu dibawa? Antaranya pisau, tali, selimut, baju sejuk, kuali, periuk, bahan asas memasak seperti garam, gula, serbuk kunyit, dan minyak masak.
Pengalaman Camping
Antara pantai, air terjun dan hutan ketiga-tiga ada pengalaman tersendiri. Di pantai waktu siang hari memang panas, tak boleh nak duduk pun dalam khemah. Tapi bila waktu malam, cuaca berangin dan sejuk. Cuma kena bertahanlah dengan serangan gigitan nyamuk. Kalau di tempat air terjun, kurang sikit panas dia, malam pun sejuk juga. Di hutan pula, kena tengok pada tempatnya. Paling aku titik beratkan waktu bercamping, mesti dekat dengan tandas dan surau. Pergi camping sama ada bersendirian atau bersama keluarga yang ada anak-anak kecil, perlulah membuat checklist atau persediaan sebaiknya untuk tidak tertinggal apa-apa peralatan yang penting.
Dulu saya jualan itu dapur alih atau yang namanya kompor camping. Membaca artikel ini jadi mengingatkan saya jaman jadi pembina pramuka.
seronok pula berkhemah..teringat Pula masa zaman sekolah dulu.Mengimbau betul.. sekarang ni memang tak bkhemah.Beli khemah untuk anak anak je dlam rumah.
aktiviti camping memang best, tapi setakat ni belum pernah camping ngan anak2, dapat pulak masak sendiri kan ema, barulah camping namanya
ajumohit recently posted…Riadah dan jogging hujung minggu
Bestnya dapat pergi camping… Dah lama tak pergi Camping ni…
Anuar recently posted…Cabaran Affiliate Pay Per Lead (PPL) RM1
Dah lama tak pergi camping.