siapa yang mencipta pepatah ‘Jauh Perjalanan, Luas Pandangan’ ini…saya pun tidak tahu siapa yang menciptanya…. jangan marah kalau saya nak tambah satu ayat lagi…”Jauh Perjalanan, Luas Pandangan, Sakit Tubuh Badan”….

penat tak terkata perjalanan sampai berjam-jam ni… disebabkan jemputan kenduri dari member mr. ery di kuantan…sanggup bertolak jam 4.00 pagi lagi dari kelantan…. sampai kat kuantan, terus lepaking kat tepi pantai di taman teruntum… beli breakfast kat mcD kat Teluk Chempedak dulu…beli kat drive thru sebab kami semua tak mandi lagi….hehehehe…

si kakak masih berbaju tidur

di sini mr. ery dapat lelapkan mata… selepas siap breakfast saya bawa anak-anak ke tepi air laut sana… boleh nampak kan kecetekan air laut tu…. pasir basah-basah…tapi masa saya pergi ke tepi air laut tu.. air macam mengalir laju jer…. terus bawa anak-anak naik ke daratan… time tu air pasang dah datang…sekejap saja air dah melimpah….

mula-mula si i adik tak mahu turun dari dukungan saya…geli agaknya bila letak kaki kat atas pasir…tapi bila air laut tu dah banyak…bukan main seronok si adik ni main air…tak mahu naik langsung…

alahai..sekali tengok macam tak elok pula si adik berkepala botak

selepas bersuka ria main air laut…. terus mencari tempat mandi yang sesuai… si anak-anak saya mandikan kat stesen minyak saja… saya dan mr. ery mandi kat toilet rumah pakcik mr. ery…nasib baik anaknya ada kat rumah..kalau tidak, bau masamlah kami pergi kenduri orang..sanggupkah?

dua tempat kami pergi makan kenduri…first kat area kuantan saja…yang kedua kat jengka 6 sana…jengka pun dah kena masuk dalam…. dah ada peta pun boleh tersesat barat…. tak pernah masuk jengka katakan….

time ini saya dah wangi-wangian yer…

kenduri dekat jengka adalah kawan mr. ery semasa belajar satu kolej…ala…samalah dengan saya ni..satu kolej juga…tapi saya ini senior diaorang..ahaks… hanya tarmizi sorang saja yang saya jumpa… dia pun satu kelas dengan mr. ery….

hello…dua-dua dah merasa naik pelamin tau….

inilah pengantinnya…SELAMAT PENGANTIN BARU ASSALMI dan PASANGAN…. kesian kena perli kat diaorang kan…. oh, Assalmi ni dikenali sebagai GIANT..bukan giant supermarket tu…tapi tak tahulah pula maksud giant kat sini…agaknya dulu dia berbadan besar..itu pasal dipanggil giant saja….

sampai kat KL…terus pengsan…penat sangat…sudahnya saya terkena virus sakit tekak…sakit urat sendi…sakit kepala…sakit semuanya…memang ketiduran awal….

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *