kejadian di sebuah hospital negeri kelantan
tapi tak tahu sama ada hospital kerajaan atau swasta dan daerah mana
pada suatu hari di bahagian kecemasan, ada seorang pakcik yang sedang menunggu nombor gilirannya dipanggil untuk rawatan.. masa itu wad kecemasan tengah sesak dengan orang ramai….
pakcik : dik, lambat lagi ke nombor pakcik ini dipanggil?

misi : lambat lagi pakcik…. kena ikut nombor giliran…sabar yea pakcik….

pakcik : tak apalah dik, pakcik tunggu sajalah….

tetiba.. di depan pakcik ini….. dalam keadaan kelam kabut…beri laluan…beri laluan…ada kecemasan ini… (terus masuk ke bilik kecemasan)

pakcik : dik, kenapa orang tu baru sampai…dia dah boleh masuk ke dalam bilik kecemasan…

misi : sebab dia dalam kecemasan pakcik…antara hidup atau mati….kenalah bagi dia masuk dulu….

pakcik : alahai kesiannya dia… tak apalah dik..pakcik ingat penyakit pakcik ni lagi bahaya…nasib baik pakcik terkena penyakit kencing manis saja….tak kena penyakit kencing masam sama seperti dia

*perbualan dari loghat kelantan diubah ke tatabahasa melayu untuk faham*

kencing manis adalah sejenis penyakit

kencing masam bukan sejenis penyakit

tetapi

kencing masam kat sini adalah kecemasan sahaja

disalah tafsir oleh pakcik yang pekat cakap kelantan

Sekian.

nota jari : cerita ini disampaikan oleh x-bos saya sebelum ini

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *