Selaras dengan keperluan Peraturan-peraturan Kesihatan Antarabangsa (International Health Regulations) 2005 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Malaysia melaksanakan pemantauan ke atas pelawat-pelawat yang tiba dari negara yang berisiko mengalami transmisi Demam kuning (Yellow fever).
Sehingga kini terdapat sebanyak 42 buah negara yang disenaraikan oleh pihak World Health Organisation (WHO) iaitu 13 buah negara di Amerika Selatan dan Tengah manakala 29 negara di Afrika.
Senarai Negara Berisiko Jangkitan Demam Kuning (Yellow Fever)
Demam kuning adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh Arbovirus dari Genus Flavivirus dan keluarga Flaviviridae. Ia adalah penyakit bawaan vektor iaitu nyamuk aedes yang telah dijangkiti oleh virus tersebut. Demam kuning yang berlaku di bandar disebarkan oleh nyamuk kepada manusia.
Demam kuning di hutan merebak dari nyamuk kepada monyet dan juga kepada manusia (zoonotic). Penyakit ini pada peringkat awal (fasa pertama) menunjukkan gejala seperti demam, badan menggigil (chills), sakit badan, sakit kepala, loya dan muntah.
Tiada rawatan khusus untuk mengubatinya dan pengambilan vaksin merupakan salah satu langkah perlindungan yang amat penting dari mendapat jangkitan penyakit tersebut.
Suntikan Yellow Fever
Selesai 4 beranak dengan suntikan vaksin Yellow Fever. Berapa lama boleh tahan? 10 tahun yea. Mula itu, risau dengan umur Ayra takut tak sesuai dengan suntikan vaksin ini..Alhamdulillah, lepas juga. Vaksin ini tiada di klinik kerajaan hanya ada di klinik swasta terpilih sahaja. Nak suntik, perlu buat booking dulu.
Aku dapatkan suntikan di Klinik As-Salam, Bangi. Asalnya, nak dapatkan di Klinik Berkat, Ampang tapi tak ada stok vaksin. Klinik As-Salam pula 24 jam operasi, so boleh pilih nak datang jam berapa..bulan puasa tutup sekejap jam 7.00 malam..buka balik jam 8:00 mlm. Aku pergi selepas buka puasa.
Akulah orang first yang suntik, kedua Mr Ery, ketiga Ayra dan Abang Aqeel yang last…Tahap penakutnya Abang Aqeel ni siap suruh bagi ubat pengsan.hahahaha..si Ayra rileks jer..tak menangis langsung…Aqeel..Aqeel malu dengan adik. Macam gigit dek semut jer lahaii.
Dah setel kemain menyengih..nak kontrol malu tu. Kesan selepas suntik pun tak rasa sangat..cuma kebas-kebas sikit tempat cucuk… anak-anak pun tak ada demam…sihat jer.
Yellow Fever jer aku ambil. Yang lain-lain doktor tak sarankan pun walaupun aku dah list vaksin lain yang perlu. Nyaris juga nak suntik Hepatitis A, tapi bila doktor bagitahu selepas 6 bulan kena suntik lagi sekali untuk booster. tak akan nak balik Malaysia semata nak suntik kali kedua. Suntikan pertama sahaja, tak ada effect sangat. Ermm..terus tak payahlah..
InshaALLAH, moga kesihatan aku dan keluarga bila berada di negara yang berisiko ni dilindungi Allah swt. Ajal maut telah ditentukan oleh Yang Maha Esa.
Tetap juga prepare dengan ubat-ubatan untuk dimakan nanti seperti panadol, ubat demam, ubat cirit birit dan minyak angin segala.
Menghitung hari…..
Eloklah ambil suntikan Vaksin Yellow Fever ni… Untuk keselamatan diri dan keluarga…
Anuar recently posted…Syukur Alhamdulillah…. Dapat Bonus Tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri 2019