Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA), apa perbezaan kedua-dua ujian penilaian ini? UPKK adalah kelolaan oleh JAKIM maknanya semua sekolah di seluruh negeri akan mengambil ujian ini bagi murid darjah 5. UPSRA pula kelolaan JAWI bagi sekolah wilayah persekutuan dan murid menduduki ujian semasa darjah 6. Bagi lain-lain negeri, ujian untuk tahun 6 di sekolah agama ada yang ada dan ada yang tiada. Sekiranya ada, ia mengikut jabatan agama bagi kerajaan negeri.
Setakat yang aku tahu, untuk memasuki sekolah menengah agama yang berasrama penuh di Wilayah Persekutuan Keputusan UPKK, UPSRA dan UPSR akan diambil kira. Tapi bagi sekolah di negeri lain keputusan UPKK dan UPSR yang akan diambil kira. Bukan calang-calang syaratnya, paling minimun pun perlu dapat 5A.
Keputusan UPSRA
Fuhhh, tarik nafas. Kakak Azwa punya keputusan kedua-dua ujian iaitu UPKK dan UPSRA dah tahu. Walaupun tidak straight A untuk UPSRA, bangga dengan dia. Tak sangka dapat keputusan dengan hanya belajar di dalam kelas dan masuk sekolah agama masa darjah 2. UPSRA, tak ada tekankan sangat untuk membaca, yealah belum hilang penat menjawab UPSR yang selang 3 hari jea. Tawakal.
15 November 2018, keputusan UPSRA keluar esoknya terus diadakan Hari Anugerah Kecemerlangan. Dua kali pakai jubah katanya. Tak apa, berkali-kali pakai jubah mama ayah lagi happy. Sekali lagi dapat lihat kakak Azwa naik stage kecemerlangan. Pengalaman kakak Azwa terima keputusan UPSRA ada dia kongsikan kat sini. Orang lain sibuk nak buka akaun fb, akaun IG..dia nak akaun blog. Follow lah sekali yer…hehehehe.
Masa hari anugerah kecemerlangan, terpaksa bergilir hadiah gara-gara pihak sekolah target lain, lain pula keputusannya. Apapun terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang mengajar anak-anak di sekolah agama.
22 November, hari esok keputusan UPSR pula akan diumumkan. Debaran makin terasa. Apapun keputusan nanti, terima seadanya..
sebenarnya keduadua pun penting juga kan
Owh, baru dura faham beza upkk dan upsra.
Dura Norell recently posted…Cuci gambar 4R 100 keping RM10 di Photobook!
Tahniah Kak Azwa. Tahniah juga Kak Ema!
Hana Haryani recently posted…Pentingnya Asid Alkali Seimbang
tahniah..kalau anak jenis yang pintar…tak belajar sangat pun boleh berjaya cmerlang…
tahniah kakak, tahniah juga untuk ema dan suami, seronok tengok pencapaian anak-anak