As Salam Semua dan Selamat Pagi
No mood monday blues yer..nanti susah nak masuk rezeki.
Ema pernah buat entry side income kan…so, hari ini ema nak berkongsi apa ema pernah buat untuk ema menjana pendapatan..makan gaji tak cukuplah..cukup makan dan pakai…tak cukup hendak menyimpan…. Alhamdulillah, ema diberi rezeki dapat bekerja dalam sektor kerajaan…walaupun ada kelulusan..tapi kerja langsung tak ikut kelulusan yang ada.
Penjana pendapatan ema dulu adalah berniaga kain pasang, baju budak, kain tudung, dan tuala wanita secara online dan buka kedai. yea, ema buka kedai untuk berniaga. walaupun kedai ema tak perlu bayar sewa disebabkan kedai itu MIL ema punya…kami bahagi kawasan dengan mempamerkan barangan jualan ema dan MIL pula menjahit…terima kasih pada MIL sebab berikan ruang untuk barangan niaga ema lebih nampak dari luar..sedangkan kerja MIL sendiri agak terlindung…ema pernah wujudkan blog niaga ini di atas nama http://dcc2121online.blogspot.com dan . tapi kedua-dua link blog ini telah ema padamkan…sebab apa?
Bukan saja kedua-dua blog ini dipadamkan, malah perniagaan di kedai pun ditutup sama. MIL ema masih teruskan menjahit…itu sumber rezeki keluarga MIL ema…sebab apa bisnes ema ini tak diteruskan bukan kerana bisnes ini tidak mendatangkan keuntungan..Alhamdulillah, modal semasa buat bisnes ini dapat kembali….cuma keuntungan yang dapat tak tercapai dengan kehendak… agak lambat untuk mendapatkan keuntungan…malah barang yang diniaga selalu up to date… untuk pengetahuan u all, sekarang pun masih ada kain pasang dan tudung yang tak terjual… kadang-kadang kalau ada customer MIL datang untuk menjahit….adalah rezeki ema bila customer MIL berminat nak beli kain pasang atau tudung…Alhamdulillah.
Pertama kali bermula dengan perniagaan ini, hati sangat seronok…balik kerja..selesaikan urusan rumah..sambil kedai beroperasi sehingga 10.00 malam…untuk pengetahuan, kedai dan rumah ema hanya bersebelahan saja….masih ema ingat lagi, ada customer dari Kedah beli kain pasang sehingga 3 pasang sekali…bagi ema time tu, dah seronok sangat… kebetulan customer itu singgah di kedai makan depan rumah ema…bulan puasa tahun 2010.
Tapi sekarang itu semua dah menjadi kenangan ema sekeluarga… rasa rugi bila tak berbisnes lebih-lebih lagi ada kedaikan…tapi apakan daya…hanya setakat itu saja jalannya.
Tapi, ema tak berputus asa. ada bermacam rezeki dalam perniagaan yang boleh dijalankan..Alhamdulillah, sekarang ema dah mula berbisnes lain..nanti ema akan kongsikan dengan u all.
Terima kasih sudi membaca.
notajari : puas cari gambar kedai nak tunjuk kat sini..tapi tak ada pula gambar kat pc ni..