Pengorbanan Seorang Lelaki Bernama Abah dan Mesin Jahitnya

Mesin jahit dan abah berpisah tiada. Di luar turunnya hujan renyai-renyai. Lain macam pula rasa hari ini. Sedih, sayu, kesian, penat, letih, runsing semua dah bercampur. Ermm, tak tahu nak rasa apa. Tetiba teringat pada seorang lelaki yang aku panggil Abah. Sehari dua ini, memang nama Abah yang paling disebut-sebut. Gara-gara Abah dah pakai smartphone, Abah dah ada Whatsapp, Abah dah ada akaun Facebook. Mesej whatsapp pertama aku terima, voice note abah. Gambar Abah dengan mesin jahitnya. Terus aku rasa sayu.

Abah dan Mesin Jahit

Tahun ini, usia Abah 58 tahun, bulan September 12 haribulan. Alhamdulillah, Abah masih sihat. Abah masih bekerja dengan mesin jahitnya. Dengan kerja membaiki dan menjual mesin jahit, Abah membesarkan aku dan adik-adik. Sebelum kerja sendiri, Abah kerja makan gaji dengan Singer. Dulu gaji dibayar mengikut komisen. Ada customer adalah gajinya.

Dengan kepakaran yang ada Abah berhenti kerja makan gaji. Buka kedai sendiri di Pasir Puteh. Abah pernah buka kedai di Jerteh, tapi tak lama pun operasi. Tutup. Jodoh Abah dengan Ma tak panjang. Abah kahwin lain. Ma pun kahwin lain. Part paling sedih dalam hidup kami tiga beradik. Tapi biarkan ia berlalu..semua benda dah lepas. Dengan perkahwinan lain, abah dapat tiga lagi anak 2 lelaki 1 perempuan.

Kira dah 6 adik beradiklah aku ni. Tapi aku bertiga tidak rapat dengan anak-anak abah yang baru. Abah pun mengerti. Nak jumpa  Abah pergi di kedai saja. Tapi itu dulu, masa anak-anak Abah kecil. Sekarang Abah dah lega sikit. Walaupun anak-anak Abah yang baru ini semua tak habis sekolah, Abah paling takut terjebak dengan benda tak faedah. Alhamdulillah, dua anak lelaki dah kerja yang perempuan ada kat rumah.

Abah Diserang Strok

Tahun 2015 Abah diserang strok. Itulah kali pertama Abah dimasukkan wad. Separuh badan kena tarik. Allahu. Aku paling sedih. Aku jauh dengan Abah. Hanya adik aku, Angah yang banyak tolong Abah. Bawa Abah berubat. Bawa Abah berurut. Tidak lama Abah kena strok, berkat pergi berurut dan makan ubat, Abah boleh bangun, boleh bawa motor, pergi masjid walaupun  percakapan tidak lancar. Syukur.

Abah teruskan kerja membaiki mesin jahitnya. Abah..Abah…tak pernah jemu. Tak pernah berhenti cari duit. Smartphone? Awalnya, aku geli hati. Abah call aku nak cari smartphone harga murah. Lepas tu, suruh aku tengok siaran wow yang iklan handphone harga murah, tahan lasak. Bila Abah sebut jenama, aku ketawa besar. Jenama apa tu Abah? Abah hanya tahu harga murah.Tak ambil tahu pasal RAM, ROM, Spec Hp. Abah cuma nak handphone untuk Abah buat bisnes mesin jahit dia. Akhirnya, smartphone jenama Lenovo aku pilih. Grab masa harga murah di Lazada.

Smartphone pertama untuk Abah. Sangat mencuit hati kami adik beradik dan adik-beradik Abah yang lain. Cubaan pertama untuk aku test Abah dengan handphone barunya. Aku whatsapp tapi tak berbalas. Esoknya, Abah call aku. Bagitahu dah terima mesej, tapi tak reti nak buka.

Abah bagitahu nak call adik-adik lelaki aku, tapi terdail nombor aku lagi. Aku test video call, angkat. Tapi orang lain tolong angkatkan dulu. Lepas tu, baru aku nampak muka Abah. Abah bagitahu “Abah tengah belajar ni long…slow-slow abah bolehlah”.

Dan hari ini Abah dah pandai add friends kat facebook. Rindu Abah, Johari Bin Mat, seorang tukang membaik pulih dan menjual mesin jahit. Semoga Abah sentiasa berada dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki. Along sayangkan Abah..Adik-adik sayangkan juga.

 

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
2 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

10 thoughts on “Pengorbanan Seorang Lelaki Bernama Abah dan Mesin Jahitnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge