Penginapan hotel percuma dari Emirates bagi mereka yang transit di Dubai.
Syaratnya transit yang melebihi 10 jam ke atas..kurang 10 jam tidak layak.
Di voucher penginapan tulis Millenium Hotel, tapi tiba di Dubai check-in Hotel Copthorne.
Tak kisahlah, janji dapat juga hotel percuma. Nak rehat sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia.
Memang akan keluar ikut Imigresen Airport. Urusan dipermudahkan. Tak ada tanya apa-.apa.
Oh yea, visa tak perlu pun sebab passport Malaysia.
Lagi satu, untuk hotel percuma ini tidak semua nationality akan dapat.
Nak kepastian, online chat sahaja dengan Emirates.
Ema tiga kali tukar tarikh. Tiket ‘flex rate’. Dari plan asal nak balik raya haji, lepas itu anak pula datang ke sini. Berlaku pula kejadian peralihan kerajaan.
Akhirnya dapat juga balik bulan November. Ikutkan awal tahun ini, baru saja balik dari Malaysia.
Peluang itu ada…so, jangan lepaskan.
Beli tiket bukan melalui agen, jika nak tukar tarikh, lebih baik tukar melalui online chat. Tiada bayaran
Tapi jika tukar dikaunter akan dikenakan bayaran sebanyak USD50 seorang. Banyak tu.
Emirates kat sinilah, tempat lain Ema tak pasti.
Nak ke hotel, ada pengangkutan disediakan. Ema naik coaster.
Perjalanan lebih kurang 10-15 minit saja.
Boleh terus ‘check-in’, tak perlu nak tunggu jam 2 petang.
Pihak hotel akan berikan voucher makan untuk 1 kali makan saja. Pilih sama ada nak makan tengahari atau malam.
Bukan 1, bukan 2 tapi 3 bilik yang Ema dapat untuk kami sekeluarga.
Bilik sangat selesa… puas nak rehat tunggu next flight.
Kakak 1 bilik, Ema dengan Ayra 1 bilik, Aqeel dengan Mr Ery 1 bilik.
Rest.
Lunch
Kami ambil lunch, sebab memang perut dah lapar sangat. Dinner boleh makan di Airport.
Jauh juga nak bertapak tempat makannya.. sudahlah kena berdukung Ayra.
Ayra tidak sihat dari bertolak ke Conakry lagi.
Makanan pun lebih kurang masakan Melayu juga.
Okeylah, terisi juga perut.
Ada lagi beberapa jam untuk next flight.
So, mahu rehat di bilik atau mahu jalan-jalan?
Tapi tak tahu nak jalan-jalan ke mana.