wake-up! wake-up!!
jangan terbabas bangun lambat
hari ini hari Khamis bukan Ahad
ada yang tak ingat sebab semalam cuti deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada kawan-kawan yang beragama hindu
nak rasa muruku tapi tiada member opis yang sambut deepavali.
yang sambut diwali hari ini…Hepi Diwali kepada rakan kerja sebilik..Mrs Harpreet Kaur
so, dia sambung cuti sehingga minggu depan.

mengenai eksperimen 1 : Tabiat Tidur
rupanya memang ramai yang mempunyai tabiat yang sama
ingatkan orang lelaki yang lebih tapi orang perempuan pun boleh tahan

eksperimen kedua kali ini nak cakap pasal penggunaan puting plastik.
sepanjang membesarkan kedua-dua anak, ema tak pernah ajar diaorang hisap puting plastik.
kesian kalau diberi hisap puting plastik. kenyang ke kasi puting ni. hisap puting, apa yang masuk ke dalam perut anak-anak. bukankah angin yang akan masuk ke dalam perut. bila angin masuk, mulalah perut anak menjadi kembungkan. tak kejam ke?

sesetengah ibu bapa kasi puting kat anak sebab apa?
nak cepatkan anak tidur
nak elakkan anak menangis
nak senangkan ibu itu sendirikan.

tak salah nak kasi anak puting plastik ni
kadang-kadang ada ibu bapa banyak benda nak dibuat
ada sesetengah anak selepas bagi susu pun dia tak mahu tidur
so, si ibu bagi pula puting plastik…sambil mendodoikan anak…
cara itu, anak jadi leka dan akan tidur
bila anak dah lena tu, sebaiknya tanggalkan puting kat mulut
dan jangan dibiarkan sahaja.
pernah terjadi satu kejadian seorang bayi tertelan puting sehingga meragut nyawa.

nak ajar anak hisap puting plastik ini
jangan dibiarkan sehingga dia besar
bila dah besar dan tabiat hisap puting plastik si anak dah rasa seronok
sampai ke besarlah si anak akan hisap puting plastik ni
mulalah puting plastik ni kena kepit kat baju kalau nak ke mana-mana

malah kalau si anak selalu hisap puting
pembentukan gigi si anak akan ke depan

zaman sekarang pelbagai rupa bentuk puting dicipta
sanggup ke anda kasi anak puting sebegini


anak yang dah cantik rupanya
terus jadi hodoh saja

sanggupkah anda?




About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *