Pengasuh anak baik dan rindu pada anak. Seminggu balik kampung di Kelantan dan bila semalam nak hantar aqeel ke rumah pengasuh (cik sal a.k.a nenek) mulalah dia tak nak. terpaksa hantar juga sebab mama dia kena pergi kerja.
aqeel lagi seronok sebab anak cik sal (siti) tengah bercuti dan ada kat rumah. bila tahu siti ada, terus turun dari didukung dan menuju ke bilik siti.
Dia sangat happy
dan hari ini beria-ia nak pergi rumah cik sal. katanya ‘best sangat’. anak cik sal suka melayan dia. tu yang best sangat.
seronok main pasir masa kat kampung
Syukur Alhamdulillah setakat ini ema dapat pengasuh anak yang baik-baik belaka. bukan senang nak cari orang yang jaga anak seperti anak mereka sendiri. Pengasuh azwa dulu pun okey. cuma dia dah berpindah ke kuarters JKR di Desa Tasik. tapi sampai sekarang masih contact dan selalu tanya kesihatan azwa.
Bersyukur dapat pengasuh anak yang baik menjaga anak seperti anak kandung sendiri. Bila ada yang sudi menjaga anak seperti anak kandung, janganlah sesekali ambil peluang untuk tinggal anak lebih lama dan janganlah sesekali berkira dengan bayaran upah menjaga anak kita.