Loading...
Parenting

Pengasuh Anak

Pengasuh Anak
As Salam Semua

Selamat pagi

ada sesiapa yang sedang mencari pengasuh untuk menjaga anak?

pengasuh anak ema mahu mencari anak untuk dijaga

pengasuh anak ema ni ema panggil cik sal

sebelum ini cik sal hanya jaga anak ema seorang saja si Aqeel Syafiq.

ema tak kisah pun dia nak jaga anak orang lain. malah ema yang minta cik sal untuk cari seorang lagi. bolehlah cik sal tambah pendapatannya.

lagipun ada bagus juga si Aqeel Syafiq ada kawan untuk main bersamakan.

sekarang ini cik sal dah jaga dua orang anak kecil. seorang anak ema dan seorang lagi anak jiran cik sal.

anak jiran cik sal, bulan ini last hantar kerana mereka dah nak pindah ke shah alam.

ema pun kesianlah juga, anak ema dah tak ada kawan nak main-main kat rumah cik sal nanti.

ema sangat puas hati dengan cik sal.

orangnya sangat baik hati dan jaga anak dengan baik.

kadang-kadang ema terpaksa juga tinggalkan kakak kat rumah cik sal jika FIL balik kelantan.

sesetengah orang, kalau anak dah pakai baju…kita akan dapat baju kotorkan

tapi cik sal sanggup cuci baju-baju anak yang dipakai..so bawa balik baju yang dah bersih.

ada sekali tu, sampaikan ema naik segan bila cik sal basuhkan beg sekolah kakak juga.padahal hantar tak sampai seminggu pun….segan sangat segan….

so, kalau ada yang sedang cari pengasuh anak…bolehlah bagitahu ema.

tapi hanya area Sungai Besi sajalah…. kalau yang tinggal Putrajaya tapi kerja kat KL pun boleh..senang saja.

About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 comments
    1. emarieys

      Ema simpati dengan anak puan..sampai hati ada pengasuh buat macam tu sekali. Tapi ema minta maaf, sekarang ema tak dapat nak tolong sebab pengasuh anak ema dah tak ambil budak lagi. sekarang dah penuh.
      emarieys recently posted…Permata Insan USIMMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge