Sebelum ini, pergi ke Cameron Highlands hanya untuk singgah minum teh dan beli sayur. Jika bermalam pun, aku akan bermalam di hotel-hotel yang murah. Tapi kali ini, aku bermalam pula di dalam khemah di tapak perkhemahan Sungai Pauh, Cameron Highlands. Akhirnya, ada rezeki juga untuk berkhemah di sini. Bukan senang nak dapat tempat, ramai yang buat tempahan awal.
Campsite Sungai Pauh
Sungai Pauh ialah tempat perkhemahan dalam hutan hujan berhampiran sebuah kampung kecil iaitu Taman Sedia yang terletak di Tanah Rata. Jika dari Tapah, akan nampak signboard Taman Sedia dan bersedia untuk membelok ke kanan selepas sahaja Hotel Smokehouse. Sebenarnya, ada tiga laluan yang berbeza untuk ke tapak perkhemahan ini.
Baca: Camping di Sungai Kuali, Janda Baik.
Atas sebab aku nak ada feeling cerita, aku mulakan cerita bergerak dari rumahlah. Aku bergerak dari Kuala Lumpur jam 2.00 petang selepas anak-anak balik sekolah pagi. Sekolah petang, ponteng dua hari. Singgah di RNR Tapah untuk mengisi perut yang tengah kelaparan di Tuu Diaa Pak Tam. Makan tengahari yang aku kira dengan harga yang dikenakan cukuplah aku pergi sekali sahaja.
Keluar tol Tapah dengan bayaran tol RM19.70. Dan bermulalah perjalanan yang memeningkan kepala. Bagi yang tidak tahan dengan jalan dari Tapah, lebih baik pilih jalan dari Simpang Pulai. Sepanjang perjalanan, engkau kena banyak berdoa dan sentiasa berhati-hati. Tiba-tiba, engkau akan terkejut bila berselisih dengan kenderaan di selekoh. Lebih-lebih lagi berselisih dengan lori. Bertabahlah dengan jarak 70KM untuk sampai ke Tanah Rata. Ada ketika cuaca cerah dan ada ketika turunnya hujan.
Tapak Perkhemahan Sungai Pauh
Lebih kurang jam 6.00 petang, sampailah ke tapak perkhemahan. Selamat datang ke Taman Eco Rimba, Sungai Pauh. Ada group budak-budak international school tengah seronok mandi dalam sungai yang agak cetek tapi deras sebab baru lepas hujan. Betul-betul kebal kulit budak-budak ini. Tahan sejuk. Sudah tahu kawasan mana untuk pasang khemah, angkut barang-barang dan pasang khemah sebelum hari gelap sambil tunggu kawan-kawan lain dari Setiu, Terengganu sampai. Bawa barang banyak, ada kereta sorong boleh digunakan untuk angkut barang.


Nampak tak dua beg galas besar di belakang, itu baju untuk dua hari satu malam saja. Dah menyenget bahu Mr. Ery angkat. Ada anak kecil macam Ayra Sufia yang masih menyusu, jangan lupa bawa bekalan air panas, air masak dan susu pula. Ini belum lagi satu beg dikeluarkan dari kereta, beg apa itu?
Mr. Ery masih sibuk menyiapkan khemah untuk bermalam, aku ronda-rondalah kawasan persekitarannya. Penting ada tandas dan ada surau. Dari tapak khemah aku, masih ada tapak di belah atas dan ada gazebo besar untuk buat aktiviti. Surau sangat selesa dan bersih. Tandas dan tempat mandi perlu jalan kaki sikit. Ada tempat untuk BBQ. Ada sinki untuk mudah cuci beras, cuci pinggan mangkuk dan sebagainya. Tapi jangan menjerit bila buka air paip yer, air sejuk ya amat.


Suasana di malam hari. Ada tempat yang ada nyalaan lampu, ada tempat yang tiada. BBQ lah dalam gelap dengan suluhan lampu yang dibawa. Ada plug di pondok BBQ, tapi tidak berfungsi. Nasib baik tapak perkhemahan, berhadapan dengan surau. Teranglah sedikit. BBQ lah dengan ayam bakar dan nasi kosong sahaja. Cuaca sejuk, perut cepat lapar..bertambah juga makannya. Siang malam baju sama, engkau rasa aku mandi tak? hehehehe.
Hari Kedua Tapak Perkhemahan Sungai Pauh
Malam memang kesejukan ditambah lagi hujan. Tak dapat tidur lena di hari pertama. Lagi-lagi di luar khemah masih ramai yang tidak tidur. Terjaga jam 2.00 pagi..3.00 pagi..5.00 pagi…6.00 pagi… setiap satu jam jaga. Terjaga sebab Mr. Ery sepatutnya kena bangun awal untuk gerak pergi hiking. Entah macam mana, plan awal pagi akhirnya tunda ke hari cerah. Jam 9.00 pagi baru bergerak. Tinggallah aku dan isteri kawan serta anak-anak. Sunyi tapak perkhemahan, bosan-bosan aku keluar pergi jalan-jalan ke tempat menarik di Cameron Highlands.
Berguna juga baju sejuk tebal yang aku dapat masa buka tokol bundle ni. Hilang kesejukan di awal pagi. Budak-budak international school pagi lagi dah kemas khemah nak balik. Tak sampai satu jam tapak kosong, dah ada orang lain yang datang.
Mereka yang pergi hiking ni, agak lewat petang baru balik. Kesian, tahap kelaparan sangat. Nasib baik masa tu tengah goreng cekodok. Memang kesian sebab mereka balik jalan kaki saja. Ada kisahlah di sebaliknya, kalau sempat aku share pengalaman Mr. Ery hiking Gunung Brinchang bukan Gunung Irau seperti dirancang.
Hari Ketiga di Tapak Perkhemahan Sungai Pauh
Bukan main lena anak-anak tidur walaupun hujan agak lebat pada malam kedua. Mengalahkan tidur di rumah siap kain toto bagai. Inilah isi beg lain yang aku bagitahu di atas tadi. Cepat-cepat bawa masuk dalam khemah, segan orang lain nampak. Hahaha, gayanya macam nak tidur di rumah.
Siap ada bantal, toto untuk lapik tidur, toto untuk selimut, tikar segala.
Bangun tidur terus breakfast dengan jagung dan ubi yang dibeli di pasar malam di Brinchang. Alas perut dulu sebelum berkemas. Group budak-budak sekolah menengah pula yang akan berkhemah di sini seramai 90 orang.
Elok-elok kemas semua beg, peralatan, simpan khemah..alih-alih teringat kunci kereta di poket dalam khemah. Nasiblah badan, terpaksa buat kerja dua kali.
Segarnya udara di sini..
Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kami anak beranak memang suka camping. Tak kisahlah di tempat panas atau sejuk. Sekali sekala pergi camping, lebih mencabar untuk uruskan diri dan anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak langsung tiada masalah untuk tidur dalam khemah pun. Untuk buat aktiviti macam kami, engkau suami isteri kenalah ada minat yang sama..barulah engkau rasa enjoy. Terima kasih pada kawan yang mengajak kami berkhemah di sini. Akhirnya, hajat untuk bermalam di sini telah dicapai.
Bagi yang nak merasai pengalaman bermalam dalam khemah di sini bolehlah telefon 05-491 1384 . Harga yang dikenakan untuk tapak perkhemahan dalam lingkungan harga dalam RM3-RM5 sahaja. Boleh juga sewa khemah dengan mereka dengan harga RM25 bergantung pada saiz khemah.
Layan video perjalanan kami dari Tapah
Bestnya ada hobi macamni , lama tak berkhemah ..
Bestnya kan kalau dapat pergi berkhemah satu family dekat sini. Tempat yang cantik,sejuk juga kan dan udara yang nyaman. sesuai untuk rehatkan minda dan badan. Terima kasih atas perkongsian itu ye
cantiknya pokok2 kat situ tainggi2 macam kat oversea. tgk gambar pn nampak segar
Menarik ni…rasa macam nak berkhemah juga la..ok SA dah simpan no tu siap2
Bestnya pergi Cameron Highland… minggu depan saya pun akan ke sana bawa student yg terlibat dgn tanaman rock melon melawat
Anuar recently posted…Result SEO : Hadiah Hari Guru 2018
wow seronoknya, tapi kita teringi, suami kita pulak tak gemar..
sis.. khemah bawak sendiri ke ?
planning hari ahad nih nk bwk family pegi cameron….mmandangkn public holiday,,dh sah ler hotel takda,,,aku survey semua dh booking,,tinggal hotel 5star yg memang kirim salam ler….isteri aku bg cadangan tdo dlm keta jh…..aku berminat camping nih,,brg camping semua complete… ttp tak tahu ler isteri aku berminat ke tak…..?bsok bole try tepon reserve tempat dan tanya isteri aku…dia okey ke tak?? =)
Satu lg nk tanya,,,ranger ada dok jaga tak kt situ…??