Bertuah anak-anak sekarang ini… dah merasai naik macam-macam..kapal terbang, motorbot, feri, bas, van, basikal, kereta, motosikal..
Masa umur kita sebaya anak, nak tengok kapal terbang pun susah apatah lagi nak naik..syukur Alhamdulillah, rezeki ada untuk bawa anak-anak jalan dan merasai naik pelbagai kenderaan yang ada.
KTM Arau ke KL Sentral
Kali ini, anak-anak merasai naik keretapi. Naik keretapi dari stesen Arau ke KL Sentral. Bertolak dari stesen Arau pukul 7.00 malam sepatutnya, tapi delay hingga sejam..sampai di KL Sentral jam 6.00 pagi. Lamanya, naik keretapi ini, tapi ramai yang memilih untuk naik keretapi kerana lebih selamat. betul ke?
Stesen Arau untuk sementara…stesen baru masih dalam pembinaan tapi khabarnya di tempat lain..agak jauh sikit.
Tiba di Stesen Keretapi Arau ini terlalu awal..jam 5.00 petang dah tersadai kat sini…ini pertama kali sampai Perlis…ingatkan, kat area ini dekat dengan bandar..tapi disebabkan kawasan pun masih dalam pembinaan tiada kedai di sekelilingnya…kalau nak cari makanan pun kena jalan kaki…kalau tak sanggup nak jalan kaki akan ada gerai makcik yang akan buka dalam pukul 6.30 ptg macam itu…itupun adik kaunter yang bagitahu..
Anak-anak pun dah letih sangat tunggu keretapi tak sampai-sampai
Masa awal sampai sangkaanku tak ramai orang pun nak naik keretapi tapi bila dah hampir jam 7.00 malam mula kelihatan ramai orang berpusu-pusu..majoriti adalah student.
Ambil Satu Bilik
Alang-alang nak naik keretapi, jadi tak kisahlah berbelanja lebih untuk tiketkan..lagipun perjalanan agak lama. Kami pilih yang kelas pertama…agaknyalah..sebab yang kami pilih ni ada bilik satu katil double decker…nak pilih yang kelas kedua pun ada katil cuma bukan dalam bilik..bila check untuk 4 orang tak ada yang sederet dan semuanya atas.
Dalam bilik ni, ada disediakan tv tapi rosak..ada kipas dan ada sinki dan meja kecil.
Nampak macam kecilkan..tapi selesalah untuk tidur..itupun tidur-tidur ayam takut tersedar dari tidur dah sampai siam…hehehe..
Jangan risau dengan ketahanan katil tingkat atas tu..InsyALLAH bertahan bebannya…mr.ery dan azwa tidur kat atas..ema dan adik tidur kat bawah….
Kalau korang pun nak naik keretapi korang boleh check kat KTMB ini. Register dulu pastu bolehlah klik-klik pilihan destinasi dan kelas yang korang inginkan. Macam ema, ema beli tiket online hanya untuk ema dan mr.ery saja…tiket untuk azwa, ema beli di kaunter Arau…kat online tak ada harga untuk kanak-kanak…tapi untuk Aqeel percuma.
Ema tak tinjau pun keadaan sekeliling terperap dalam bilik…mr.ery saja yang keluar pergi kantin.. itupun dah banyak makanan yang dah habis katanya..mahal-mahal pun tetap sold out…hehehehe.
Perjalanan Dengan Keretapi
1) Kalau korang plan nak naik keretapi..plan dan booked lah awal-awal..memang memanjang kehabisan..lebih-lebih lagi yang kelas biasa tu..
2) Kalau korang pilih kelas pertama ini, korang booked untuk tiket korang berdua dulu kalau ada anak kemudian pun boleh beli.
3) Please, sediakan makan minum awal-awal lagi..belilah sebelum naik keretapi…mr.ery beli mee goreng kat area stesen tu memang sedap..tak cukup lagi… tapi korang boleh juga beli kat dalam keretapi..terpulang dengan pilihan dan poket korang sendiri…atas sebab pilihan kelas pertama, kami dapat dua keping kek pisang dan dua botol mineral.
4) Kalau perjalanan di waktu malam, better korang pakai sweater…sejuk menggigil-gigil..tapi boleh tahanlah.
5) Tak perlulah bawa beg sebesar gedabak nanti akan menyusahkan korang nak jalan…laluan sempit..bila bertembung dengan orang yang tengah cari bilik juga..siapa yang akan mengalah untuk berundur…dah kena pada diri sendiri.
Itulah saja…enjoy your journey..