Keluar masuk hotel bagi Ema dah biasa. Bila perlu bertugas di luar pejabat, hotel lah tempat untuk bermalam. Tapi pergi atas urusan kerja. Kali ini pergi bawa anak-anak jalan-jalan sambil rehatkan minda yang agak tepu. Dari hotel 3 bintang hingga 5 bintang, pernah bermalam sehingga berminggu-minggu. Sebenarnya, stay lama pun agak membosankan.
Hotel De Art Seksyen 7, Shah Alam
Kenapa pilih hotel De Art Seksyen 7? Asalnya nak yang I-City, tapi dah penuh.. pilih pula yang Seksyen 9 juga penuh. Ada rezeki dapat yang di Seksyen 7. Itupun di blok C yang mana tiada lobby dan lif. Tak kisah pun. Yang penting dapat bilik keluarga. Seronok? Memang seronok sepertimana kata kakak Azwa “walaupun saya buta seni, saya tertarik dengan kesenian yang ada di sini”
Hotel De Art Seksyen 7 pun sebenarnya tidak jauh dengan I-City. Aku memang tak biasa dengan Shah Alam. Bila dah nak sampai hotel, pertama yang aku nampak dekat dengan kedai makan, kedai serbaneka, dobi dan lain-lain. Tak kebulurlah kalau lapar di tengah malam. Sebelah sahaja dengan Restoran Mamak 24 jam.
Masuk ruang lobby, terus nampak kesenian di dinding. Jumpa ‘receptionist” bagitahu nama dan diberi kunci bilik 403 serta lokasi bilik di block belakang. Aku tanya “perlu pandu kereta ke?”. “lebih baik lagipun mesti akak nak bawa naik pakaian teruskan”. Betul jugak. Naik kereta dan pergi ke block belakang. Pusing dengan kereta rasa macam jauh, walhal betul-betul di belakang bangunan block depan. Jalan kaki lagi dekat.
Sekali pandang di block C, memang tidak akan perasan ada hotel De Art di situ. Sebabnya, tiada apa-apa kesenian pada luar bangunan. Hanya ada di block depan saja. Mungkin masih baru beroperasi di bangunan belakang. “Touch Key Room” untuk buka pintu sebelum naik tangga. Okeylah, keselamatan ada. Terus masuk dan menyusuri tangga, di setiap penjuru dinding ada lukisan seni dan wallpaper yang menarik perhatian. Walaupun bilik di tingkat 3, tak rasa penat pun panjat anak tangga satu persatu. Excited tengok hiasan di dinding.
Family Room Seksyen 7
Walaupun tak dapat bilik yang bertemakan movie mahupun hello kitty, bilik yang aku dapat ini pun boleh tahan cantik dan luas. Paling aku suka pencahayaan yang sangat terang tidak seperti lain-lain hotel yang kebanyakkannya kurang pencahayaan lebih-lebih lagi yang pasang lampu kuning malap tu. Sangat tak suka. Katil Queen yang besar dan cukup memuatkan keluarga aku 5 orang ni. Tilamnya sangat empuk, bila dah baring, malas nak bangun.


Kemudahan lain
Antara kemudahan lain, iron beserta iron board ada disediakan di luar bilik. Depan-depan di bilik 403 yang aku ambil. Ada sejadah dan juga arah kiblat. Shower pun beroperasi dengan baik. Malamnya, aku dinner di Restoran Panggang, betul-betul di bawah hotel saja.
Memandangkan semua cawangan hotel De Art sentiasa penuh, perlu buat tempahan awal. Beza antara block depan dan block belakang, di block depan ada lobby dan ada lif. InshaAllah, ada peluang akan pergi lagi ke cawangan yang lain.
Luas gak bilik tu, menarik ni
Gambar giraffe kat dinding tu dalam 3D macam binatang yang benar. Mesti seronok duduk kat hotel mcm ni.
dekat je dgn umah mama.. boleh try la kalau boring duk umah tu haha
Macam dekat 3D art gallery pulak hotel tu
eh cantiknya hotel ni! siap ada tempat untuk bergambar lagi
Rasa macam pernah nampak hotel ni dekat shop lot seksyen 7 tu. Asalkan luas dan bersih, ok dah tu.
Cantik hotel ni, harga pn berpatutan
Nur Azlinda Azman AZMAN recently posted…Holiday dan Menginap di Hotel De Art Seksyen 7 Shah Alam Selangor