Pengalaman Menggunakan J&T Express, Sila Tingkatkan Kualiti Korang Tu

Terus terang memang marah sangat dengan J&T Express ni. Aku punya parcel dari Kelantan ke Kuala Lumpur 10 hari baru sampai. Bertambah lagi kemarahan aku, bila pihak J&T Express langsung tak telefon aku jika tidak jumpa alamat pos.

Stuck di J&T Bangsar dan Hartamas

Aku check tracking memang stuck antara Bangsar dan Hartamas. Berulang alik antara dua cawangan ini. Aku pun bingung. Kali pertama aku call Bangsar, tanya mana parcel? Parcel atas lori nak dihantar.Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Dahlah minggu tu, aku busy dengan kursus. Terpaksa aku kacau orang opis tanya ada tak barang sampai dari J&T? Sebab aku tahu syarikat ini buat penghantaran sampai malam.

2 hari bertahan, aku call lagi J&T Bangsar, mana parcel? Hari itu cakap dah atas lori, tapi tak terima pun. Aku terima jawapan yang sama…sekali lagi atas lori untuk buat penghantaran. Pesan pada staf J&T Bangsar untuk hantar parcel aku sebelum jam 5 petang atas alasan waktu pejabat. Aku juga pesan, kalau tak jumpa alamat minta call aku.. Yea, staf J&T akan bagitahu dispatch hantar segera. Tapi tetap tak kunjung tiba… call pun tak terima.

j&t express

Maaf, memang tak dapat nak bertahan lagi

Tak dapat aku bertahan lagi, call kali ke-3 aku sembur terus tak kira siapa yang angkat telefon tu. Result tracking keluar attempt fail. Paling aku marah sebab langsung tak call aku tak jumpa alamat..tak reti nak call..hantarlah mesej..tak reti nak mesej…miss call jer. Tak fahamlah aku.

Hari yang sama adik aku call J&T Hartamas, pun kena sembur. Minta hantar parcel tu kat J&T Sungai Besi hari itu juga.

Yes, sampai juga parcel itu…tapi bukan di Sungai Besi tapi di Taman Sungai Besi. Tak pasal-pasal patah balik. Haishh..

Bila tanya staf situ, kenapa parcel ni tak hantar di alamat tertera kat kotak ni.. memang jelas sangat alamatnya.dari Bangsar ke Hartamas, sepatutnya yang Hartamas ke Publika tapi Hartamas pergi hantar balik ke Bangsar. Oh jem, main hantar patah balik ni.

Nasiblah isi dalam kotak masih elok…kalau tidak report dah…tu yang aku pm kat fanpage J&T ni…itupun tak membantu…tindakan slow sangat…

Tingkatkan KUALITI

Kalau tengok pada komen-komen kat fanpage, memang ramai senasib aku yang lambat terima parcel. Aku kalau bukan disebabkan minuman yang boleh rosak kalau lama di luar tak adalah aku nak marah sangat pun. Terpaksa adik hantar yang lain dan yang kemudian hantar ini sampai dulu.

Harap pihak J&T dapat mempertingkatkan lagi kualiti servis korang. Bagus sangat dah penghantaran sampai malam..tapi feedback dari sana memang lambat…call hotline pun tak berangkat..apatah lagi pm di messenger..robot jer yang jawab…emel pun sama.

About emarieys

Ema has written 1297 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged : /

9 thoughts on “Pengalaman Menggunakan J&T Express, Sila Tingkatkan Kualiti Korang Tu

  1. Service J&T express memang buruk. barang pecah.. staff biadap.hantar document consignment note hilang semua parcel togel.. Perkhidmatan macam sampah.

  2. Barang Yang saya pos biasa nya kat bachok Dan Johor lakin …knape ya susah nya nak sampai makan masa lama …pelik lah….bukan 1x menda ni jadi….230kali jugak lah Naik bosan doh tggu barang…jnt ni makan gaji buta ke APA ha….gaji buta dapat gaji bwak balik Bini ank mkaan …susahnya kerjasama dgn jnt bachok Dan Johor Larkin ni….kat tempat lain on-time je sampai…

  3. BARANG AKU TERBENAM KAT CDC RAWANG. SAMPAI DARI PERAK 4/4/2020 LAGI TAPI SAMPAI HARI NI 8/4/2020 X SAMPAI2. KALAU JAUH TU X APA LA JUGA. NI RAWANG KE BATU ARANG. AKU TAK FAHAM APA MASALAH DIORANG NI, LENA KE. DAH CALL DAN WHATSAPP BANYAK KALI TAPI SAMA JUGA. MENGECEWAKAN.

  4. Mmg jnt teruk jnji nk hantar tp x hantar2 bila hantar tp satu brg je satu lg x hantar call x angkat2…adakah setiap kali ade komplin pn jnt x pernah baiki kelemahan jng bg susah org…klau Rasa x mmpu buat jng bjanji…jng ckp tipu dgn pelanggan..

  5. Macam mana nak call diorang eh ? call tak pun ..entahlah .service call pun susah nk bercakap . Fail attempt juga ni 😩

  6. Mengalami pengalaman yang sama juga, hingga hari ini masih belum terima parcel yang dihantar dari Johor 26.4.2020 ke Putrajaya, semakan dibuat parcel dok tersadai di Klang dari 27.4.2020 hingga kini. Tiga kali Telefon customer service (aduan) cakap akan ambil tindakan segera sampai sekarang tak berganjak2 parcel tu. Sangat mengecewakan.

  7. Benar
    Service memang teruk

    Tak payah lah guna service hantaran ni, darah tinggi boleh naik.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *