As Salam!!!
masih ada yang bertanya ke manakah saya menghilangkan diri selama 10 hari minggu lepas tanpa entri..
saya tak hilang pun..ada jer kat Malaysia ini…cuma keluar jauh sedikit dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.. ke mana? ke negeri yang terkenal dengan asam pedas dan budaya baba nyonya… MELAKA…atas sebab yang sama dengan entri INI malah tempat penginapan pun sama juga… kalau orang lain agaknya dah boring kot pergi tempat yang sama ini..lebih-lebih lagi untuk tempoh yang panjang…tapi ini adalah kerja…so kenalah ikut saja…
nak cerita tentang perjalanan saya di Melaka pun takut orang dah boringkan…asyik benda yang sama…kalau ada yang sudi nak baca korang boleh klik kat SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI , SINI dan SINI . Kliklah salah satu pun tak apa..penat tau buat link-link ni…
kan tak ada stori langsung masa pergi Melaka hari tu macam tak bestlah pula. jadi, saya akan storilah sikit pasal kat Melaka ini..saya storilah yang mana tak dibuat entri lagikan….
ini kali yang ketigalah saya masuk negeri Melaka..paling last dulu pun pada bulan februari yang lalu. datanglah banyak kali pun, kami asyik makan ‘buah langsat’ juga. kali ini tersesat sehingga ke airport sana… memang dah jauh sangat dengan Banda Hilir…issshh… itupun pakai gps tau.. adakah pengalaman mengajar kita? (masih juga sesatkan)…
inilah rupa hotel dari luar..Hotel Equatorial namanya…
dapat bilik berkatil single.bilik ini hanya untuk saya sorang..saya saja yang tak boleh pisah dengan anak-anak…itu pasal bawa mereka sekali.
pemandangan yang sama dengan bulan feb hari itu..cuma upgrade ke tingkat tinggi sikit..oh yer, carrefour kat dataran pahlawan tu dah tutup rupanya…
tidak lepaskan peluang untuk mandi kolam kali ini. dulu langsung tak berkesempatan sebab asyik berjalan…hehehe…kolam mandi dia sangat luas dan sangat puas hati… saya pun tak lepas peluang berendam dalam ini.
saya buat kerja… anak-anak dijaga oleh mr. ery. nasib baik saya bawa sekali adik ipar saya. kebetulan dia pun sedang bercuti.
bosan memerap kat dalam bilik.. diaorang lepak kat lobi hotel ini… tapi saya tak dapat joinlah kerana bekerja.
penginapan bilik semuanya penuh disebabkan ramai rakyat Singapore datang bercuti kat sini sehinggakan tempat parking pun penuh dengan kenderaan dari Singapore.
patutlah dalam perjalanan hari itu.. banyak kenderaan mereka..rupa-rupanya kat sana sedang bercuti selama satu bulan. cuti sekolah agaknya.