As Salam

Rindu sangat sama korang semua.. dah lama sangat tak singgah blog korang semua… Alhamdulillah semua kerja di Langkawi dah selesai…sekarang tengah busy kerja yang lain pula…

Pengalaman masuk sel penjara memang tak dapat dilupakan. bukan sebarangan orang boleh masuk sel penjara melainkan dia seorang penjenayah.

Penyesalan dan tangisan tidak berguna bila diri didapati bersalah atau dianiayai oleh kawan sendiri. So, berhati-hati dengan berkawan mahupun kawan rapat sendiri.

Berumur 19 tahun dimasuki penjara kena disyaki membeli dadah. tapi apa yang diceritakan, gadis ini hanya pergi untuk hantar motor yang dipinjamkannya. tak disangka tak diduga, akhirnya tertahan jua. menulis surat untuk bapa tapi bapa langsung tak menjenguknya. menyesal dan juga bersyukur kerana dapat belajar tentang agama…kesian sangat..mak pula meninggal akibat kanser otak.

Seorang kakak, menumpang kawan untuk bermalam tapi siapa sangka kawan menganiayainya. Tidak siapa mahu mengaku benda salah ada di depan mata. akhirnya tuan rumahlah yang terpaksa tanggung semua. anak-anak berumur 7,5 dan 3 dijaga oleh adik angkatnya dan malah kena cerai oleh si suami.

Berhati-hati ke sel lelaki. takut nanti dikasari. maklumlah dah lama tak ada wanita di sisi. dari jauh siulan diberi..tanda mereka tak menyesali…menakutkan tau..yang handsome pun ada..hehehe

Siapa perlu kita percaya..semasa di luar kita tak tahu apa kerja sebenar mereka. bila di dalam hanya penyelasan yang ada. paling memalukan kaum melayu yang majoritinya…

Bukan senang dan senang…..

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *