pengalaman seorang mama pertama kali merasai saat-saat kelahiran baby

As Salam Semua

mari nak dengar cerita
pengalaman seorang mama baru
baru merasai saat-saat kelahiran seorang bayi

kenapa tak cerita pengalaman sendiri?
pengalaman sendiri dah ingat-ingat lupa dah

masa preggy
ditanya bermacam-macam soalan kat misi
bermacam-macam soalan kat kami yang dah bertitlekan ‘mama’ ini
dan sekarang dia pun dah rasa kenikmatan atau kesakitan semasa kelahiran bayi

cerita pengalaman ini hanya melalui telefon saja
kerana dia mahu bersiap untuk balik berpantang di kampung sana
tak sempatlah nak tengok anak dia
tapi dia janji nak emelkan kat kami semua

saya : hello mama baru, sihat ke?

mama baru : sihat.

saya : baby sihat?

mama baru : sihat

saya : camana bersalin? sakit tak?

mama baru : sakit. sejam baby nak keluar.saya dah hilang tenaga untuk teran.. (masuk wad malam…bersalinnya petang)

saya : awak teran awal sangat kot.baby tak bekerjasama untuk keluar lagi.awak dah start teran erkh…

mama baru : mungkinlah. lagipun kepala anak saya duduk senget sikit.tu pasal susah nak keluar.

saya : berapa KG baby?(soalan yang selalu ditanya tengok pada perut time pregnant)

mama baru : 2.6 kg.saya ingatkan 3 lebih…sebab susah nak keluar.

saya :doktor lelaki atau perempuan?
(hospital kerajaan nak pilih-pilih tak boleh. lainlah dengan swasta)

mama baru : doktor sampai 5.ada seorang doktor lelaki.muda pula tu.malu saya.
saya : malu kat situ je.pasni tak jumpa dah. jahit banyak tak?

mama baru : saya tanya doktor.tapi doktor cakap biasa saja.

saya : kesan jahitan sampai ke bontot tak?

mama baru : tak

saya : tak banyaklah jahitnya tu
(so, tak mahu jahit banyak jangan angkat bontot semasa nak bersalin)

bila tanya soalan begini kat mama-mama yang baru first time bersalin

nak mengandung lagi tak?

of coz, diaorang akan cakap tak nak bersalin lagi dah…sakit

tapikan, itu hanya cakap-cakap saja

last-last. akan bertambah juga anak nanti

*

*

*

ni gambar azwa safriena
gambar hari pertama kelahiran
3.45 kg
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

ini adiknya..Aqeel Syafiq
gambar hari pertama kelahiran juga
3.7 kg
lahir kat Hospital KPJ Cheras


kalau nak tambah anak lagikan

agak-agak berat anak boleh cecah 4 kg tak?

dua-dua bersalin normal bukan melalui tingkap

Alhamdulillah

About emarieys

Ema has written 1255 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge