Pegawai polis garang ke?. Selalu dengar penjawat awam takut nak bekerja di bawah Pegawai Beruniform seperti Polis dan Angkatan Tentera Malaysia.
Pengalaman aku sepanjang kerja di bawah pegawai beruniform sangat menyenangkan kerana mereka banyak pengetahuan dan pengalaman malah ‘sporting’ lagi.
Muka Garang Hati Baik
Aku dah kerja di bawah Pegawai Polis seramai 8 orang yang berpangkat ACP dan Supt dan 5 pegawai Angkatan Tentera Malaysia berpangkat Lt Col.
Pegawai-pegawai ini dipinjamkan untuk berkhidmat di pejabat aku selama 2 tahun malah ada yang lebih 3 tahun kerana menyambung kontrak berkhidmat di sini.
Selepas habis kontrak mereka akan kembali bertugas di jabatan sebenar. Jadi, setiap dua tahun sekali dan 3 orang pegawai akan bertukar.
Ini adalah bos aku yang ke-4. Semalam, bos aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2012 dan bukan senang nak lihat bos aku memakai pakaian beruniform lengkap.
Tahniah tuan dan terima kasih tuan ACP kerana mengambil gambar ini. Mula-mula aku pun takut nak kerja dengan mereka tapi dah hampir lapan tahun kerja mereka tak ada lagi mereka makan aku. Jangan takut untuk bekerja dengan pegawai polis ni..mereka pun manusia biasa juga. Ketegasan seorang pegawai polis memang ada.
One Reply to “Pengalaman Bekerja Dengan Pegawai Polis”