Barang hilang di KLIA, memang cuak rasanya. Sebaik sahaja kapal terbang landing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, ambil barang di tempat letak barang bahagian atas terperasan satu barang tak ada. Alamak, mana letak?
Tertinggal Kamera DSLR dan Sweater KBBA9
Tak banyak hand carry barang masuk dalam pesawat, dua laptop dan 1 kamera. Laptop dipegang oleh member opis, aku pegang kamera. Entah macam mana, masa beratur untuk masuk pesawat, boleh tidak perasan ada barang tertinggal di atas kerusi ruang menunggu Gate B10 KLIA.. Silap aku, cuai. Nasib baik kamera hak persendirian, jika barang opis terpaksa buat report dan menjawablah aku dengan orang atas lepas ini.
Setel ambil bagasi, sambil menunggu kereta sewa sampai, terus aku cari solution untuk dapatkan balik barang hilang tu. Tak tenteram perasaan aku sepanjang perjalanan dari Airport KK ke Kampus INTAN Sabah. Dalam kereta, baru maklum pada pegawai yang kamera tertinggal di Airport KLIA. Yealah, esoknya memang nak kena pakai kamera itu. Dapat pegawai yang faham situasi, minta call MAS Airlines. Katanya “Ada rezeki dapat balik, tak ada rezeki memang tak dapat baliklah”.
Tawakal. Dua jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, memang dah anggap susah nak dapat balik. Dengan tak ada tag pada barang. Di ruang yang sama, selepas penerbangan aku penerbangan ke Terengganu pula…sudahnya aku fikir barang itu akan diambil orang lain.
Conversation dengan MAS Airlines
Usaha. Caranya aku hantar mesej melalui facebook messenger MAS Airlines dan tunggu jawapan pihak MAS Airlines. Member aku pula tolong call dan dapat bercakap dengan staff sana dan mengambil report pasal barang hilang.
Hari Kursus Tanpa Kamera
Hari kursus tanpa kamera, nasib baik ada bantuan dari jurugambar INTAN yang tolong ambilkan group photo. Ada yang terperasan dan tanya “kamera mana?”. Petangnya, terima mesej wakil dari MAS Airlines melalui emel mengatakan barang dah jumpa. Syukur Alhamdulillah. Cepat sungguh MAS Airlines bertindak. Ada conversation antara team diaorang dalam emel aku tu.
Aku kena ambil barang hilang di pejabat Lost and Found MAS Airlines di tingkat 3 sebelum jam 11:00 malam. Dalam emel menyatakan aku perlu ambil pas masuk dahulu di tingkat 2 dan perlu bayar RM2. Sedangkan masa aku balik dari Kota Kinabalu, memang turun di tingkat 3. Sepatutnya, aku boleh terus ambil barang hilang di pejabat Lost and Found kat situ. Masa tunggu bagasi, dah terperasan pejabatnya.. Tapi bila disebut kena ambil pas masuk, aku anggap itu bukan tempatnya.
Pergi tingkat 2, aku tunjuk mesej yang aku terima dan tanya di mana tempatnya untuk aku tuntut barang itu, pegawai kat situ bagitahu kena pergi pejabat MAS Airlines yang memang aku perasan sebelum itu. Disebabkan aku dah keluar dari ketibaan, terpaksa ikut prosedur ambil pas masuk dan pergi ke pejabat lost and found MAS Airlines. Alhamdulillah, rezeki aku lagi..Terima kasih pihak MAS Airlines.
Kalau emel dari MAS Airlines, kita boleh tuntut di pejabat MAS. Kalau bukan, barulah ke bahagian lost and found KLIA di tingkat 2.
Alhamdulillah..masih ada rezeki lagi..kalau saya ditempat Ema pon mesti dah tawakal jer