Stop Workplace Bullying
Ingatkan dah pupus sikap membuli di mata masyarakat. Tapi, tidak sama sekali. Sikap membuli masih wujud tidak kira di rumah, di sekolah, di universiti mahupun di pejabat. Ada pembuli lelaki, ada pembuli perempuan. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian pelajar UPNM yang meninggal dunia akibat didera dengan menekap seterika wap oleh rakan kerana dituduh mencuri laptop. Alfatihah untuk Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Tapi tahukah anda, situasi membuli ini juga wujud di kalangan organisasi atau di tempat kerja? Banyak kajian telah mendapati bahawa pentadbir merupakan pendera utama di tempat kerja iaitu antara 50% dan 90% pada masa ini.
Contoh-Contoh Penderaan
Membuli – Bertindak untuk merosakkan “Kesihatan Kakitangan Sasaran” dan harga dirinya, hubungan dengan keluarga dan rakan-rakannya, kehidupan, ekonomi, atau kombinasai daripada kesemuanya.
Mobbing – Cemar nama baik, penghinaan, ugutan, sindiran, pengasingan atau khabar angin.
Kesan negatif ke atas kesihatan psikologi-emosi:
Rasa tidak puas hati di tempat kerja, perasaan negatif (misalnya berasa terdesak, tidak cekap, tidak mencukupi, rasa malu, rasa bersalah, segan, ragu-ragu, kesepian, terasing), hilang tumpuan kerja, pemikiran yang keterlaluan sehingga menggangu kehidupan, rasa tidak percaya, sinis, kerisauan, keletihan emosi, compulsivity, burnout, kekeliruan, kejutan, ketakutan kronik, sociophobia, serangan panik, hypervigilance, kemurungan, gangguan keresahan, berfikir untuk membunuh diri dan tekanan gangguan posttraimatic (PTSD).
Langkah -Langkah Mengatasi:
- Menghubungi perkhidmatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan syarikat.
- Menghubungi penyelia yang bertanggungjawa terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja.
- Memohon pertukaran tempat kerja.
- Mengumpul bahan bukti.
- Mengenalpasti sekutu-kutu.
- Berkongsi pengalaman-pengalaman dengan mangsa lain.
- Mengelak daripada menyalahkan diri.
- Mendapatkan bantuan ahli keluarga dan rakan.
Dari ‘Abdullah bin Umar r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud,
“Yang disebut dengan muslim sejati adalah orang yang selamat orang mulism lainnya dari lisan dan tanggannya” – Sahih Al Bukhari, No.10
Berhati-hatilah dengan sikap pembuli senyap di organisasi, untuk mengelak dari perkara yang lebih buruk, mohonlah untuk tukar tempat kerja.
Bukan senang nak mohon tempat kerja… lebih2 lagi di tempat saya bekerja ni..
Tapi Alhamdulillah, setakat ni belum pernah kena dera secara senyap ni.. 😉
anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
orang yang suka membuli ni ada masalah psikologi sebenarnya…huhu…
Terkilan sgt bagaimana budak2 boleh membesar jadi pembuli
Mama pipie recently posted…Kata-kata yang lahir dari mulut ibu bapa merupakan satu doa
Ibu memang anti betul dengan pembuli pembuli ni
Kalau dibiarkan menjadi jadi sampai dewasa
Ibu Zaid recently posted…6 Kebaikan Madu Untuk Ibu Mengandung. Adakah Selamat Di Makan?
Belum pernah lg mengalaminya, tapi di unit lain memang ianya satu kebiasaan, mintak jauhla hendaknya memang stress kalau terkena ni
Ajumohit recently posted…Krim telon bayi Comelote melegakan kembung dan selsema
macam-macam cara org membuli skrg ni…
Biasanya orang yang membuli ni mesti umur atau pangkatnya lebih tinggi. Biasa juga terjadi kat tempat kerja dulu hmm
Amirul recently posted…Kelebihan Bela Kucing