Assalamualaikum
Pendaftaran Murid Tahun Satu
Permohonan untuk mendaftar anak ke sekolah tahun satu kini telah dibuka mulai 1 Mac sehingga 30 April 2017. Kena alert lah dengan tarikh yang diberikan. Jangan sampai anak keciciran untuk belajar yer. Umur anak yang 5/6 tahun perlu daftar awal untuk masuk ke tahun 1 di sekolah yang dipilih.
Bagi sesi 2018 – Anak-anak yang lahir pada 2 Januari 2011 hingga 1 Januari 2012
Bagi sesi 2019 – Anak-anak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013
Cara-Cara Daftar Anak Tahun Satu
Hadir ke sekolah yang dipohon (2minggu dari tarikh permohonan). Bawa beberapa dokumen yang PENTING seperti:
- Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat (asal & salinan)
- Bil Utiliti (Bil TNB/Air/Telefon) (asal & salinan)
- Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga (asal & salinan)
- Surat Nikah/Surat Cerai (salinan)
- Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (Jika Berkaitan) (asal)
- Laporan Doktor dan Kad OKU (Jika Berkaitan)
Jika tidak berjaya ke sekolah yang dipohon. Modul rayuan online akan dibuka pada 16 Julai 2017 hingga 30 September 2017.
Seronok tau bila anak-anak dah mula masuk tahun satu ni. Hari pertama sekolah, macam-macam ragam yang boleh dilihat. Anak-anak sekarang dah cerdik pandai. Dah tak ada yang menangis lagi untuk ke sekolah. Anak-anak MamaEma si kakak dah tahun 5, next year dah UPSR. Si abang tahun 2.. Ayra pula lambat lagi untuk masuk sekolah.
Ya betul tu.. seronok hantar anak-anak masuk tahun 1.
Terutamanya, kalau anak pernah belajar pra sekolah di sekolah yg sama.. excited bukan main. Tak sabar nak cerita dkt kawan2 tentang beg sekolah, kasut sekolah, bekas pensil dan sebagainya..
Ialah masa pra sekolah mereka dpt tengok jer abang2 kakak2 pakai baju sekolah.. Sekarang mereka dah pakai baju sekolah yg sama..
anuar recently posted…Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Anak belum cukup umur. InsyaAllah akan merasai pengalaman ini tidak lama lagi.
Saji.My recently posted…Restoran Nyonya MelakaYang Famous
nanti akan ada pengalaman sendiri
anak dah masuk darjah 1 ya. Kejap dah besar kan
.
Pejam celik
Mazni Azmi recently posted…Vivix Shaklee Harga & Review Terkini 2017
tahun depan sorang lagi anak masuk darjah 1. dah 2 orang kiranya disekolah rendah
saya dah daftarkan anak.. harap2 pemohonan tersebut diterima…
Wan Syahida recently posted…Bagaimana Saya Bermula Dalam Bisnes Shaklee
mudah sekarang semua di hujung jari je hehehhe
sueizza recently posted…Ajar anak duduk dalam car seat : Yeayyy Humaira lulus.
em.. si abang nye aritu daftar masa dia 6 tahun.. tak pe ke nak tunggu si adik pun 6 tahun baru nak daftar ? adoi.. sebab plan macam nak pindah..
atiehilmi dot com recently posted…CARA MAKAN NUTRIFERON DENGAN DOS YANG BETUL UNTUK MENGUATKAN SISTEM IMUN
mudah skrg adanya sistem online
Semoga berjaya dan sukses di alam persekolahan.
Khairul Zamri recently posted…Balung Herbal Teh